Tuesday, November 6, 2012

foR sPM cAnDiDateS 2012

assalamualaikum semua...pejam celik..pejam celik kita dah masuk bulan November..rasa macam baru je masuk tahun 2012 kan, tetiba dah nak habis dah pun tahun 2012..apa ye yang menarik untuk bulan November..? yup pastinya sesuatu yang bakal menempa sejarah bagi adik-adik kita yang sedang menghadapi peperiksaan SPM..amacam adik-adik kita dah sedia ke untuk paper-paper berikutnya..? yang lepas tu usah dikenang..
straight A's
hope korang semua dah ready la mental fizikal korang..dulu time sekolah selalu dengar cikgu cakap mak ayah cakap "hangpa da sedia ka nak masuk medan perang...?" macam gerun je dengar kan..tapi semua pun gerun kan bila time spm ni..betul-betul rasa macam nak masuk medan perang betul..cumanya peralatan perang kita adalah pensil, pemadam, calculator dan semua yang penting untuk dibawa masuk ke dalam dewan..dan yang paling penting adalah ilmu kita..tu yang bantu korang dalam dewan..ilmu ibarat peluru..agak-agak cukup tak peluru yang korang bawa untuk berperang..? tak kisah la senjata korang canggih mana pun kalau peluru takde tak guna kan..? macam tu la jugak dengan spm nie..tak guna la korang kalau guna pensil mahal-mahal, pen berkilo-kilometrico boleh tulis tapi kalau korang tak tau nak tulis apa tak guna jugak..
ma'a taufiq wannajah fil imtihan..
jom cahaya nak kongsi tips-tips simple yang selalu korang dengar tapi tak kira cahaya nak jugak share..


  1. tidur awal - dari zaman tok kaduk sampai sekarang tu la yang selalu kita dengar tapi ada jugak yang stayed up sampai awal pagi kan..tidur yang cukup perlu sebab time ni la korang nak recharge energy supaya esok pagi badan cergas otas cerdas nak jawab pantas..
  2. bangun awal - ni pun tips klasik zaman P. Ramlee sampai la sekarang zaman Najwa Latif still releven..ni penting..kalau korang bangun lambat bayangkan mesti haru biru punya la...mana nak mandi, nak gosok gigi..mana nak pakai baju..semua jadi kacau...silap-silap apa yang korang baca pun jadi tunggang-langgang...that's why penting sangat bangun awal nie..sekurang-kurangnya korang boleh lagi nak ingat apa yang baca malam tadi sambil makan, berjalan nak ke sekolah..

  3. telefon mak ayah - nie sangat penting untuk calon yang sekolah asmara asrama..kalau yang sekolah harian boleh minta mak ayah doakan face-to-face..sebelum nak ke sekolah tu siap cium tangan lagi..yang duk jauh-jauh tu telefon mak ayah..minta diorang doakan korang...
  4. datang awal - kalau korang berada di kawasan sekolah awal pagi bermakna minda dan mood korang pun dah ready..lagi satu mana la nak tau kalau kad pengenalan tertinggal ke, calculator habis bateri ke sekurang-kurangnya korang sempat la nak ikhtiar apa nak buat..
  5. senyum dan sapa - tegur kawan-kawan yang lain..ala senang je..korang salam kawan-kawan korang, senyum dan cakap good luck..dengan cara ni korang boleh kurangkan gemuruh dan tambah sedikit keyakinan sebab korang tak rasa keseorangan..
  6. selawat dan doa..masuk je dalam dewan, sebelum buka kertas soalan korang baca doa-doa amalan korang..tak lupa selawat dan salam kepada nabi junjungan kita Muhammad s.a.w..
ada yang demam ke..?
akhir kata jangan nervous, relaks sudahhh..

Wednesday, October 3, 2012

faKTa MeNaRik TenTaNG EmaS..

assalamualaikum semua..entry kali ni cahaya nak share pasal emas..sejak semester lepas lagi cahaya ada usha-usha maklumat pasal emas..bermula dengan cik abg syg cahaya pergi seminar perlaburan emas yang dipaksa oleh lecturer dia...balik pada seminar dia ceritakan kat cahaya tentang perlaburan tu...starting dari situ cahaya selalu cari maklumat tentang emas nie..makin baca makin menarik, makin baca makin tertarik..jom cahaya kongsikan dengan korang semua...fakta ni setakat yang cahaya faham la...kalau nak lebih lanjut korang tanya la pakcik google...
teringat lecturer kat matrik dulu cakap semua benda naik apa yang turun..?
jawapannya hujan, ngee ~
  1. diramalkan bahawa masa depan akan berlaku krisis wang yang sangat teruk sehingga boleh menghancurkan ekonomi kapitalis ( time tu kita tak boleh nak keluarkan duit di bank.. )
  2. duit kertas yang kita simpan setiap hari tu sebenarnya mengalami susut nilai...cahaya ingat lagi ayah cahaya selalu cakap dulu time sekolah bawa duit 10sen je..boleh beli sepinggan nasi lemak dan air segelas..zaman sekarang 10sen belum tentu dapat gula-gula hacks 2 biji sebab sekarang cahaya beli gula-gula 3 biji harga 20 sen..
  3. emas adalah satu-satunya aset yang tidak dikenakan cukai dan tidak disita sekiranya seseorang itu jatuh bankrap..
  4. yang ni info cahaya baca dalam facebook..pada 1 Mei 2012 pelancaran 1g 999 gold bar GSR dengan harga RM198, pada 2 Oktober baru-baru ni harga emas telah meningkat jadi RM214..cepat kan kenaikan harga emas..kenaikan sebanyak 8% dalam tempoh tak sampai setahun..kalah ASB kan..? dalam cahaya tengah menaip ni..sekarang 4 Oktober 2012 jam 12.13pm harga Public Gold 10g bernilai RM1,900 walhal pagi tadi cahaya tengok baru RM1898..amacam..??
  5. kalau berlaku apa-apa dalam Malaysia, bukan nak doa tapi tak mustahil ye kita diserang automatically matawang Ringgit Malaysia tidak laku..contohnya matawang Palestin adakah laku..? kalau berlaku kejadian seumpama itu Ringgit Malaysia takkan laku jadi macam mana nak survive..? kita lari ke luar negara dengan bekalan emas..
  6. kalau korang nak tau la kan mantan perdana menteri kita Tun Mahadhir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi antara yang terbanyak simpan emas..kita still lagi simpan duit dalam bank...beratur punya panjang..
nak bawak parents pergi sana...
antara yang cahaya boleh kongsi la..yang cahaya ingat..jom kita tengok pengiraan kos untuk tunaikan Haji..
info ni cahaya terbaca kat BLOG INI..

kos untuk menunaikan haji pada tahun 2006 adalah sekitar RM10,000..dan untuk tahun 2012 pun tak banyak berubah..

tahun 2002 - 1 dinar = RM 140.00 perlukan 72 keping dinar

tahun 2003 - 1 dinar = RM 168.00 perlukan 60 keping dinar

tahun 2004 - 1 dinar = RM 202.00 perlukan 50 keping dinar

tahun 2005 - 1 dinar = RM 242.00 perlukan 42 keping dinar

tahun 2006 - 1 dinar = RM 290.00 perlukan 34 keping dinar

tahun 2007 - 1 dinar = RM 348.00 perlukan 29 keping dinar

tahun 2008 - 1 dinar = RM 418.00 perlukan 23 keping dinar

tahun 2009 - 1 dinar = RM 502.00 perlukan 20 keping dinar

dinar mekah...pergi tanya kat pak cik google tadi..

setakat tahun tersebut yang ditunjukkan...pada 4 Oktober 2012 jam 1.02pm harga 1 dinar 916 Amsyiq Gold bersamaan RM 811.15..so berapa keping dinar emas yang diperlukan untuk menunaikan haji..?
RM 10,000 / RM 811.15 = ~12 ke 13 keping...

dah macam soalan matematik tahun 2 la pulak..jadi kesimpulannya, simpanlah emas..



Saturday, September 29, 2012

saRaNGhAeYo ~

assalamualaikum semua...hari ini hari bahagia cahaya..kenapa..? korang nak tau kenapa..sebab hari ni cahaya dapat bunga lagi..kali yang ke-4 cik abg cahaya bagi bunga kat cahaya...jangan jeles tau..roommate cahaya, si iman sampai nangis touching sebab cahaya dapat bunga..
apa..? korang nak tau kenapa sebelum ni cahaya tak cerita..? sebab cahaya tak ada masa nak jenguk blog cahaya yang dah kian berhabuk, berdebu dan berhama nie..tapi kali ni mesti kena update gak..bukan apa jadi kenangan..nanti insyaAllah kalau ada jodoh, dah kahwin dah ada anak tengah lepak petang-petang sambil minum kopi dengan makan ubi kayu rebus boleh selongkar-selongkar blog cahaya ni..tau-tau jumpa entry ni..terkenang-kenang kembali..waa~ syahdu gitu kan...

masjid jame' al-shahab
sebenarnya semalam cahaya dengan cik abg syg baru je pergi kursus kahwin..kursus kahwin ni kat Masjid Jame' Al-Shahab, Kepala Batas..bagi cahaya terlalu muda untuk cahaya ikut kursus ni tapi memandangkan cik abg syg cahaya dah semester terakhir maka cahaya pun decide la nak ikut dia..lagipun cahaya pergi sebab kursus kahwin selalunya makan masa 2 hari..tapi yang cahaya pergi nie sehari..tapi start dari pagi sampai jam 11 malam..seronok..rasa macam dah nak kahwin je..tapi lambat lagi kot..cik abg cahaya pun tak habis study lagi..cahaya lagi-lagi la lambat lagi..

buku yang cahaya dapat time pergi kursus kahwin..
bunga ros tu laa, hihi~
memandangkan malam tu balik lewat dan keesokan harinya cik abg cahaya pergi serve kat Kangar, Perlis..memang cahaya tak dapat nak jumpa dia..sem ni jarang dah lepak dengan dia..sebab cahaya buat part time job..bila dah jarang jumpa, kalau boleh curi masa mesti nak jumpa dia...so, petang tu cahaya ajak cik abg cahaya keluar..tapi nak buat macam mana..bukan salah dia, kami tak dapat nak keluar..frustnya cahaya time tu...dia call dan pujuk cahaya..mula-mula cahaya cool je..cahaya jarang ambil hati dengan cik abg syg ni..tapi kadang-kadang cara cahaya macam merajuk buat dia fikir cahaya merajuk dengan dia..so dia pun pujuk la..tapi tak romantik pun dia pujuk..lagi buat cahaya menangis lagi ada la, hihihi~ last sekali dia letak..sampai je uum dia call sekali lagi..dia cakap nak jumpa kat tempat oblong..cahaya pun siap terus keluar..mulut nak muncung kan...sebab tengah bengang kena marah dengan dia..sampai je depan dia terus duduk tak pandang dah muka dia..tapi cahaya tak boleh merajuk lama-lama...lemas..tak sampai 10 minit pun mogok tu..pas tu kitorang gelak-gelak macam biasa..sembang-sembang pasal itu ini tetiba je dia keluarkan sejambak bunga ros warna puteh, merah dan oren..campur-campur..

tadaa~ cantek kan...sape nak..?
sejambak bunga ros.. nie bunga yang ke-4..
punya la happy time tu..tapi buat tak tau je..perempuan mana yang tak suka kan..cahaya tau bunga tu bukan dia beli pun...dia pergi serve pastu dia kutip bunga ros hidup bagi kat cahaya..kalau nak beli bapak kopak la duet ptptn dia...pasal warna tu cahaya ada la tengok-tengok kat google makna warna..tapi cahaya tak percaya sangat la kat pak cik google tu sebab cahaya lagi percaya kat cik abg syg cahaya neh..tak romatik pun tapi so sweet..kali pertama cahaya dapat dua kuntum je..cahaya simpan dua minggu tahan..bunga ros warna krim dengan bunga lily merah kot..kali kedua tak sempat nak ambil gambar pun..bunga tu cahaya korbankan untuk jamuan raya..kesian kat bunga tu kan..hihi~ bukan tak hargai tapi beri kepada yang lebih memerlukan..kali ketiga sejambak bunga...lagi banyak daripada yang dalam gambar nie..ada lagi sekarang sampai sekarang sebab 3 hari yang lepas dia bagi..

first time dapat bunga.. <3<3<3
betul ke tu bunga lily,huhu~ hentam saja la labu..
jambangan bunga yang ketiga...
nie gambar first day cahaya dapat..
amacam..? segar lagi kan bunga yg ke 3 tu..
gambar neh baru je amek tadi..bersama bunga yang baru dapat..
itulah ceritanya...kepada cinta hati saya mohd hairy bin adanan, terima kasih sebab sudi menyintai apa adanya..sebagaimana awak terima kekurangan saya dan sebagaimana awak letak kepercayaan awak terhadap saya begitulah juga saya..
i'm so glad to have u..my dear ~

wo ai ni
i love u
aku cinta padamu
tiga kata paling bermakna
tapi jarangnya didengar..
naan unnai kathalikarean
saranghaeyo
aishiteru
tiga kata paling menyentuh
tapi jarangnya disebut..


Tuesday, September 4, 2012

waHai BaKaL ImaMKu...

wahai bakal imamku,

                 saat nukilan ini terhasil, hatiku terdetik adakah aku cukup baik untuk dirimu...adakah aku cukup sempurna untuk melengkapi dirimu..? diriku tidak akan pernah bisa menjadi sempurna untuk dirimu kerna dirimu juga tidak pernah kan jadi sempurna..dan dengan ketidaksempurnaan itu maka akan melengkapi sesama kita..


wahai bakal suamiku,

                 apakah yang ada pada diriku sehingga engkau bakal terpaut kepadaku..? adakah engkau bakal mencintaiku hanya kerna rupa..? namun sesungguhnya aku bukan wanita idaman malaya yang punya wajah sebujur telur, yang punya mata seindah mutiara, yang punya bibir merah bak delima...sekiranya itu yang kau cari maafkan aku kerna aku tak mampu untuk memenuhinya...namun kurniaan Illahi memadai untuk aku bersyukur atas kurniaanNya..

wahai bakal pemilik jiwa ragaku,

                adakah engkau bakal mencintaiku kerna harta kekayaanku..? sekali lagi aku ingin meminta maaf kepada dirimu kerna aku tidak pantas memenuhinya...aku bukanlah seorang anak hartawan maupun jutawan...aku anak kebanyakan yang punya kehidupan yang penuh dengan sejuta rahsia yang belum engkau ketahui...namun rezeki yang Allah beri tetap disyukuri...

wahai bakal bapa kepada anak-anakku,

                 aku perlu dikau untuk membimbing ku hingga ke jannah...aku memerlukan dirimu untuk menghabiskan sisa-sisa hidupku mencari keredhaanNya..aku memerlukan dirimu kerna engkau tercipta untukku...Allahurabbi, andai diriku adalah tulang rusukmu yang kau cari selama ini maka ambillah diriku..jangan persiakan diriku...

                 sesungguhnya Hawa itu tercipta dari tulang rusuk Adam..bukan dari kaki untuk dihenyak dan dipijak..bukan juga dari kepala untuk kau junjung..tapi dekat bahu untuk kau lindungi dan dekat dengan hati untuk kau sayangi...aku tahu sikap bakal banyak yang tidak akan menyenangkanmu...maka sekiranya ia menyakiti maka maafkanlah diriku..

                 persiapkanlah dirimu dengan agamaNya, persiapkanlah dirimu kerna kau bakal membimbingku...aku amat memerlukan dirimu...seberapa lama yang engkau mahu aku sanggup menunggunya wahai bakal pemilik hatiku...InsyaAllah, aku juga bakal persiapkan diriku..

buat bakal pasanganku sehidup semati jika diizinkan Allah..moga kita dipertemukan jodoh dalam kerahmatanNya..walau diriku bukan yang pertama namun biar diriku menjadi pemilik hatimu yang permenant..
               

nukilan sanubari,
nurcahaya
01:56 am
sendirian di dalam bilik...

Sunday, June 17, 2012

saHabaT seJaTi ~

assalamualaikum..kali ni cahaya nak kongsi gambar je dengan korang..entri kali ni cahaya nak dedicate kat seorang sahabat cahaya yang sekarang sambung study kat UITM Kampus Bandaraya Melaka..dulu kami sama-sama study kat Kolej Matrikulasi Melaka..
walaupun sedetik cuma perkenalan kita namun akan ku abadikan namamu dalam lipatan sejarah silamku..kerana engkau adalah salah satu masa laluku..
-zaQYa YaNa-
friendship for ever
happy when with you ~
leisure and fun time with you ~
Malam Gala Tinta Bitara
you look so pinky my baby~
any girl can find her prince but her dad is always the king ~
princess lee'an <3<3<3
the friendship has never been broken ~


friendship sonnet

by William Shakespeare
When to the session of sweet silent thought

I summon up remembrance of things past,
I sigh the lack of many a thing I sought,
And with old woes new wail my dear time's waste:
Then can I drown an eye, unused to flow,
For precious friends hid in death¹s dateless night,
And weep afresh love's long since cancelled woe,
And moan the expense of many a vanish¹d sight:
Then can I grieve at grievances foregone,
And heavily from woe to woe tell o'er
The sad account of fore-bemoaned moan,
Which I new pay as if not paid before.



But if the while I think on thee, dear friend,
All losses are restored and sorrows end.

friendship doesn't count miles
it's measured by the heart


aSaL uSuL baBi, TiKus dAN kuCinG daLaM IsLam ~

assalamualaikum semua...yiiiihha ~ kali ni cahaya nak kongsi dengan korang semua asal kejadian babi, tikus dan kucing dalam Islam..seperti yang kita ketahui kucing dan tikus adalah haiwan yang saling berkaitan..dalam erti kata yang lain kucing lawannya tikus..mari cahaya bawa korang semua tentang kisah kejadian mereka yang memberi ikhtibar kepada kita tentang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT..
kisah tom and jerry..
TV3 kids
kita seringkali memuji kucing sebagai haiwan yang sangat comel kerana fizikal dan rupa bentuk yang Allah kurniakan kepada kucing tersebut..kita juga sering merasakan jijik dan menggerunkan apabila melihat tikus..apatah lagi babi..sehingga kata cacian dan makian seringkali segelintirnya dengan pantas dan tangkas menyebut haiwan ini untuk meluahkan rasa marah tanpa menyedari yang setiap kejadian Allah itu ada hikmah dan pengajaran yang sangat besar kepada kita ummat manusia..

KEJADIAN TIKUS DAN KUCING

riwayat menyatakan bahawa ketika Allah SWT hendak menurunkan azab kepada kaum Nabi Nuh yang ingkar, Allah telah memerintahkan Nabi Nuh membina sebuah kapal bagi mengangkut pengikut-pengikutnya dan menyelamatkan haiwan-haiwan sebelum bencana diturunkan..maka Allah telah memerintahkan supaya Nabi Nuh membawa setiap haiwan tersebut berpasang-pasangan..Iblis laknatullah juga turut menyertai Nabi Nuh a.s untuk menyelamatkan diri..setelah Allah menurunkan azab, maka berlayarlah kapal tersebut mengelilingi dunia...maka sepanjang pelayaran tersebut terjadilah beberapa permasalahan dan keajaiban..

"The Great of Noah Art" replica~
MASALAH 1 Nabi Nuh gusar kerana najis haiwan dan manusia telah memenuhi kapal dan menimbulkan ketidakselesaan kepada pengikut-pengikutnya..maka Nabi Nuh pun berdoa kepada Allah agar diberikan pertunjuk untuk menyelesaikan masalah ini..doa Nabi Nuh:
"ya Allah kapalku telah dipenuhi najis maka berilah petunjuk agar aku dapat menyelesaikan masalah ini.."
maka Allah telah berfirman:
"wahai Nuh, belailah gajah itu, nescaya keluarlah haiwan yang akan membersihkan najis-najis ini.."
maka setelah dibelai, keluarlah babi-babi dari gajah tersebut dan berpusu-pusu lalu membersihkan najis-najis itu tanpa sedikit pun sisanya..

KEJADIAN TIKUS melihat mukjizat yang Allah berikan kepada Nuh a.s, Iblis dengan perasaan cemburu turut mencuba membelai gajah tersebut lalu keluarlah tikus yang banyak dari gajah tersebut lalu merosakkan kapal Nabi Nuh a.s..
tikus dalam cerita Ratatouille ~

MASALAH 2 melihat tikus yang banyak telah merosakkan kapal Nabi Nuh sehingga dikhuatiri tenggelam, maka Nabi Nuh memohon kepada Allah bagi menyelesaikan masalah ini..doa Nabi Nuh:
"ya Allah, kapalku telah dirosakkan oleh tikus..aku takut seandainya karam kapalku maka berilah petunjuk agar aku dapat menyelesaikan masalh ini.."
Allah telah berfirman:
"wahai Nuh, belailah harimau itu, maka keluar daripadanya haiwan yang akan memusnahkan tikus-tikus tersebut.."
oyean yang cumell..
tak pernah lagi dukung dia..hanya mendengar  namamu sahaja,ngee~
maka setelah dibelai harimau tersebut maka keluarlah kucing-kucing dari harimau tersebut lalu memakan tikus-tikus itu sehingga tiada sedikit pun sisanya..

Wallahualam...
begitulah kisahnya..kisah nie cahaya terbaca dari sini...cahaya tertarik lalu cahaya kongsikan dengan korang..
sumber: Detail English Version
http://www.imamreza.net/eng/imamreza.php?id=9353
 

iLMu daN HarTa ~

assalamualaikum semua..haip !! hari ni cahaya nak share pasal ilmu..sebelum cahaya mula cahaya nak tanya kat korang semua satu perkara..apa yang akan membuatkan korang jadi kaya..?daripada miskin menjadi kaya..daripada kaya menjadi sangat kaya..daripada sangat kaya menjadi teramat kaya..cuma yang Maha Kaya kita letakkan pada tempatNya iaitu Allah SWT..emas..? berlian..? intan permata..? hartanah..? mana satu ni..? semua pun salah..
waa~ emas dan wanita tidak dapat dipisahkan,ngee~
ada kaitan ke..??
the correct answer is the knowlegde..yuppy, ilmu + amal..daripada tak tahu kepada tahu..dan apabila tahu korang kena amal..Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
"barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu..barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu..dan barangsiapa yang menginginkan keduanya sekali maka hendaklah dengan ilmu.."
menarik kan pesanan baginda Rasulullah S.A.W..ringkas tapi sangat padat..Saidina Ali bin Abi Talib karamallahu wajhah pernah mengatakan yang orang yang berilmu adalah lebih baik daripada orang yang berharta..pada suatu ketika ulama-ulama khawarij telah mengujinya..mereka telah menanyakan antara ilmu dan harta manakah yang lebih baik...Saidina Ali dikehendaki memberi jawapan yang berbeza tetapi dalam ruang lingkup yang sama..jom kita tengok apa yang Saidina Ali jawab..
"ilmu tanpa amal seperti pokok yang tidak berbuah"
"ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah warisan para Rasul dan Nabi sedangkan harta adalah warisan Qarun, Firaun dan lain-lain.."
"ilmu adalah lebih baik kerana ilmu menjaga dan memelihara pemiliknya sedangkan harta dijaga dan dipelihara oleh pemiliknya.."
"ilmu adalah lebih baik kerana memperbanyakkan sahabat dan kawan sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.."
"ilmu apabila dikeluarkan semakin banyak tetapi harta apabila dikeluarkan semakin sedikit dan akhirnya habis.."
"ilmu adalah lebih baik kerana orang yang berilmu selalunya mendapat panggilan mulia disisi masyarakat sedangkan orang yang berharta selalu mendapat panggilan yang rendah.."
"tuntutlah ilmu hingga ke negeri China"
"ilmu lebih utama daripada harta kerana ilmu tidak boleh dicuri daripada pemiliknya tetapi harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.."
"ilmu adalah lebih baik kerana orang yang berilmu pada hari kiamat akan mendapat pertolongan daripadailmu yang diperkembangkan manakala orang yang berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut.." 
 "ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan habis walaupun tidak ditambah tetapi harta lambat laun akan habis.."
Prof. Dr. Hamka ~

 sementara mutiara kata daripada Prof. Hamka pula :
"ada ilmu ada harta jadi orang mulia,
ada ilmu tiada harta jadi hamba orang,
tiada ilmu tiada harta jadi binatang.."

jadi jom kita menuntut ilmu yang bermanfaat..noga-moga ilmu yang bermanfaat menyuluh kita ke jalan yang benar..









....................jangan lupa follow cahaya n komen entry ni plss.....................
  .............................kalau tak susah like la blog ni.................................

Tuesday, June 12, 2012

sEgMen TamBaH FoLLoweR daN raKaN BLogGer ~

assalamualaikum..lama cahaya tak join segmen..kali ni cahaya nak join sEgMen TamBaH FoLLoweR daN raKaN BLogGer ~ kalau korang nak join klik kat sini..


syarat-syarat:
  • tempek batch ni kat entri korang..
  • buat tajuk entri korang macam cahaya letak tu..
  • letak nama blog korang, link blog, bila korang mula berblogging, kenapa berblogging dan siapa ikutan korang dalam dunia blogging ni..
  • kalau sudi follow la blog nie..
  • kalau nak join korang kena submit korang punya entry sebelum jam 5 petang pada 13 jun 2012 yakni esok..
untuk abang hasruLHassan ni cahaya punya detail..
  • nama blog - ....::suke suki blueberry::....
  • link blog cahaya - http://nurcahaya0812.blogspot.com/
  • start berblogging - dalam tahun 2011
  • sebab berblogging - nak tambah knowledge..bila blogwalking mesti akan baca sesuatu yang tak pernah cahaya tau..
  • idola - nak cakap idola tak la sangat sebab jauh panggang dari api..tapi suka la tengok dia.. zackzukhairi..

Monday, June 11, 2012

sTreSS ~

assalamualaikum semua..hari nie tanggal 12 jun 2012..esok ada paper company law lusa 14 jun paper FAR II..parah cahaya kalau macam ni..hari ni makin teruk demamnya..mata makin merah dan sakit..badan makin tak larat sebab demam..tekak sakit, hidung tersumbat dan batuk..macam mana nak baca buku nie...
lawlawlawlawlawlawlawlawlawlawlawlawlawlawlawlawlawlaw ~
tak nak repeat paper lagi sem ni..xlarat la kalau kena extend sem..dah la dua paper berderet nie paper yang tak kurang hebatnya...tak baca alamat repeat la..hopefully nothing happen tomorrow..chaiyokk cahaya..da la jum solat zuhur yuk...xsolat lagi..nanti sambung study law lak..
jangan mengeluh cahaya..moga-moga ada ganjarannya..

arrghh stress...banyak lagi nak baca ni...tak tau mana satu nak start,huhu~
buat kawan-kawan yang sedang berperang untuk menentang minggu exam ni cahaya doakan selamat berjaya...doakan cahaya sekali ea...
selamat berjuang saudaraku...moga kamu semua berada di dalam rahmat Allah..
Allah never leave us.. In sya Allah ~
cukup untuk entri kali..entri paling pendek..moga kejayaan di pihak kalian semua..gudluck kawan-kawan...

Sunday, June 3, 2012

kAhWin MuDa ~

assalamualaikum semua..walla ~ walla ~ entri kali nie pun dalam mood menggatal, huhu..entri sebelum ni tajuk saYa NaK JaDi IsteRi SoLeHah.. entri kali ni kahwin muda..memang sah cahaya dah gatal nak kawen, huhu ~
entri kali ni sebenarnya cahaya nak ucap tahniah buat classmate cahaya dari darjah 5 sampailah tingkatan 3 yang baru je diijabkabulkan semalam..nama dia Elifa bt Ismail..cahaya betul-betul terkejut dengar..sebelum-sebelum nie terkejut dengan collagemate kat matrik melaka syaqilla..pastu kawan sekolah pulak khuzaiedah..tak lama kemudian kakak beliau kak tini..(jangan kena saman lak dah sebab me'mention'kan nama-nama orang besar nie, huhu~ jangan marah ye kawan-kawan..cahaya tumpang gembira ni..) memang dah ramai la kawan-kawan cahaya yang dah menikah..bila la turn cahaya pulak ye, huhu ~ mood menggatal..dapat tau ibu mau kena ketuk dengan senduk sebab dah gatal nak nikah..apa-apa cahaya nak ucapkan selamat pengantin baru..moga bahgia hingga ke anak cucu..

jeles laa~ ramai gak yang dah kawen..
tapi ramai lagi yang belum kawen, hihi ~

.........................................................................................................

cahaya nak tanya korang semua korang tau tak nikah awal tu dalam range umur berapa..? ikut pembacaan cahaya la kan..kahwin muda ni bagi pasangan yang dalam usia 20 hingga 24 tahun..dalam usia ni ramai yang berpendapat masih belum cukup dewasa dan matang untuk membina mahligai perkahwinan termasuklah parents cahaya, hehe ~ bagi sesiapa yang nak bakal atau punya keinginan untuk melayari bahtera perkahwinan di usia muda di sini cahaya nak kongsi beberapa tips mengikut pembacaan cahaya la..kalau ikut pengalaman kena tanya yang dah berpengalaman..


hingga ke syurga ~
  1. korang kena tunjuk yang korang nie dah matang dalam semua aspek..matang bukan sahaja dari segi tindakan malah pemikiran korang..ada orang kadang-kala banyak "main" dalam pergaulan tapi dialah yang paling matang dalam membuat keputusan..kematangan korang sangat penting untuk meyakinkan parents korang melepaskan korang ke alam yang lebih mencabar..bagi kaum Adam kematangan korang dalam kepimpinan sangat penting..
  2. tunjukkan akhlak dan sahsiah korang kepada orang keliling kornag baik famili, adik beradik, sahabat handal, jiran tetangga dan yang lebih penting keluarga bakal pasangan korang..
  3. jaga ibadah..laksanakan yang wajib dan tingkatkan yang sunat..buat persediaan rohani supaya korang lebih sedia menghadapi alam perkahwinan..
  4. beritahu famili korang yang korang nak kahwin bukan berlandaskan nafsu tapi ingin memenuhi tuntutan ibadah dan tanggungjawab sebagai muslim..
  5. jalankan tanggungjawab dengan lebih baik untuk pancing kepercayaan famili kedua-dua belah pihak..tapi bukan sekadar pancing je hendaklah berterusan dan istiqamah..
  6. untuk korang yang masih studi, cari mood yang menggembirakan bagi menyampaikan korang punya hasrat..fahamkan famili korang yang korang mampu menjalankan tanggungjawab selepas berkahwin kelak..
  7. korang kena bijak dalam melakukan perbincangan dengan keluarga agar mereka lebih memahami..cuba bawa mereka menyelami perasaan korang supaya mereka lebih kepada mendengar dengan baik bukannya membantah..minta nasihat dan pendapat mereka..
  8. sekiranya cadangan korang ditolak, jangan berputus asa...tunjukkan komitmen korang yang mendalam terhadap perkara ini..InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan diorang akan datang dan diorang akan bertanyakan semula tentang keinginan korang..
impian cahaya (*__*)
hope dapat la bantu memecahkan kebuntuan korang..cahaya doakan yang terbaik untuk sesiapa yang ingin berkahwin awal..benda yang baik jangan lengahkan..doakan cahaya juga ye.. (^_^)v

Tuesday, May 29, 2012

saYa NaK JaDi IsteRi SoLeHah..

assalamualaikum readers sekalian..entry kali ni agak keMIANGan sikit, hehe..haruslah kan..? umur cahaya dah masuk 21 kot..waa ~ tapi perangai tak ubah cam umur 12 tahun je lagi, ngee ~
cakap pasal isteri solehah je mesti berlinang air mata ni..tak tau la kenapa kan..may be because i really miss to be a 'isteri solehah'..jom cahaya bawak korang semua..kita singkap satu kisah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi isteri anaknya Nabi Ismail..pada ketika itu Nabi Ismail tiada di rumah dan isterinya masih belum mengenali bapa mertuanya..

hanya itu yang ku inginkan
dari insan yang amat kusayang ~

apabila sampai je kat rumah Nabi Ismail maka terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya..

Nabi Ibrahim : siapa kamu..?
Menantu : aku isteri Ismail..
Nabi Ibrahim : dimanakah suamimu, Ismail..?
Menantu : dia pergi berburu..
Nabi Ibrahim : bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga..
Menantu : ohh, kami semua dalam kesempitan dan tidak pernah senang dan lapang (mengeluh)
Nabi Ibrahim : baiklah..jika suamimu balik sampaikan salamku padanya..katakan padanya supaya tukar tiang pintu rumahnya..
Menantu : baiklah..

setelah Nabi Ismail pulang dari berburu, isterinya terus menceritakan perihal orang tua yang datang ke rumahnya..

Nabi Ismail : adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua tu..?
Isteri : dia bertanya tentang kehidupan kita..
Nabi Ismail : apa jawapanmu..?
Isteri : aku berceritakan tentang kehidupan kita susah dan tidak pernah senang..
Nabi Ismail : adakah dia berpesan apa-apa..?
Isteri : ya...dia berpesan kepadaku supaya menyampaikan pesanan kepadamu dan menyuruh kamu menukar tiang pintu rumah..
Nabi Ismail : sebenarnya dia adalah ayahku..dia menyuruh kita berpisah..sekarang kembalilah dikau ke pangkuan keluargamu..

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT..sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar..
Tidak lama kemudian Nabi Ismail berkahwin lagi..setelah sekian lama Nabi Ibrahim datang ke Makkah untuk melawat anak dan menantunya..maka berlaku lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali..

Nabi Ibrahim : dimanakah suamimu..?
Menantu : dia tiada di rumah..dia sedang berburu..
Nabi Ibrahim : bagaimana kehidupan kamu sekeluarga..?mudah-mudahan dalam keadaan baik..
Menantu : syukur kepada Tuhan kerana kami semua dalam keadaan sejahtera dan tiada apa yang kurang..
Nabi Ibrahim : baguslah kalau begitu..
Menantu : silalah duduk sebentar...bolehlah saya hidangkan sedikit makanan..
Nabi Ibrahim : apa yang kamu mahu hidangkan..?
Menantu : ada sedikit daging..tunggu saya hidangkan minuman..

Nabi Ibrahim lalu berdoa "ya Allah berkatilah makanan dan minuman mereka.." (berdasarkan doa ini Rasulullah beranggapan negeri Mekkah mewah berkat doa Nabi Ibrahim)

Nabi Ibrahim : baiklah apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya..suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumah ini..

Apabila Nabi Ismail pulang seperti biasa dia akan bertanya sekiranya ada sesiapa yang datang mencarinya..

Nabi Ismail : ada sesiapa yang datang mencariku..?
Isteri : ya ada..seorang tua yang baik rupanya dan perwatakan sepertimu...
Nabi Ismail : apa katanya..?
Isteri : dia bertanya tentang kehidupan kita..
Nabi Ismail : apa jawapanmu..?
Isteri : aku jawab kehidupan kita baik dan tiada apa yang kurang...aku juga ajak dia makan dan minum..
Nabi Ismail : adakah dia berpesan apa-apa..?
Isteri : ya...dia berpesan kepadaku supaya menyampaikan pesanan kepadamu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumah..
Nabi Ismail : sebenarnya dia adalah ayahku..tiang pintu rumah adalah dirimu yang dimintanya untukku kekalkan..
Isteri : alhamdulillah..
insyaAllah.. >.<

begitulah kisah nabi Ibrahim yang cahaya nak bawakan..pada cahaya seorang isteri solehah sepatutnya 'sabar pada hati dan syukur pada wajah'..dari itu akan timbul ketenangan apabila seorang suami berhadapan dengan isterinya..seorang isteri juga tidak patut menyusahkan suaminya, cerewet dan suka merungut..mudah-mudahan cahaya boleh menjadi seorang isteri yang bisa menyenangkan dan menggembirakan bakal suami cahaya.. (>.^)v

Thursday, May 24, 2012

hATi iNi bERbiCaRa ~

assalamualaikum..lama cahaya tak update blog cahaya..tengah busy sikit sekarang ni...petang ni nak buat preparation untuk majlis "dining out" bagi rai senior intake 14 sempena cukup tempoh perkhidmatan mereka dalam palapes laut uum..wah ~ untung laa nak habis dah..lepas ni selamat menyambung kontrak dengan PSSTLDM pulak..bak kata G.O sebelum nie Pasukan Suka-Suka Tidur Lepak Dan Makan, hihi ~ tahniah tuan-tuan dan puan-puan intake 14.. ^_<

Dining Out 2012
"Hard to Bear, Sweet to Remember"
pagi nie tpat jam 0900h betul-betul buat cahaya lega..setelah hampir 1/4 hari mungkin lebih cahaya mencari dan akhirnya cahaya telah menemui..terima kasih ini cahaya tujukan untuk cik abg cahaya kerana membantu..RM10 kredit yang baru top-up habis dan 3 jam je kerana semata-mata mencari cameraman untuk event ni..tak lena tidur sebab still tak dapat cari..rasa dah down sangat-sangat malam tadi..call cik abg syg tak dapat..akhirnya ucapan gudnyte mengiringi kedukaan dan keDOWNan yang melanda..huhu ~
mood: down. . . 
dan bangun pagi rasa tak semangat..call cik abg, dia tanya ok tak..mestilah tak ok sebab tugasan still tak dapat selesaikan lagi..dia suruh letak nanti call lain..a few minutes later, "ZzZzZz" handphone cahaya bergetar sebab dalam mode silent.. cahaya buka sms tertera call abg..selepas jawab salam dia cakap dia tak dapat carikan..rasa dah lali sebab dari semalam pun jawapan tu yang cahaya dengar..n then dia diam..pastu dia sambung balik "abang dah dapatkan photographer untuk nur.." saat tu berlinangan air mata..syukur sangat kepada Allah kerana permudahkan urusan..terima kasih sangat kat cik abg syg HAIRY ADANAN..
tutup kisah tu..
cik abg syg..
ery banyak maen,huhu~

..........................................................main point is.......................................................

erm, sebenarnya hati ini tak senang dan selesa sejak kebelakangan ni...hati ni terdetik untuk berbicara lebih jauh namun keterbatasan menghalangnya...demi menjaga lebih banyak hati dari terluka biarlah hati ini terluka sendirian..kadangkala, hati ini terasa jauh hati..diri ini tidaklah sempurna..cahaya bahagia apabila lihat semua orang keliling cahaya gembira..kadangkala cahaya sanggup berkorban kesenangan untuk melihat segelintir antara mereka gembira..kadangkala cahaya sanggup terluka demi menyenangkan orang lain tapi seperti cahaya cakap cahaya bukan seorang insan yang sempurna..100% komitmen yang cahaya letakkan untuk membahagiakan orang lain tetap akan membuahkan ketidakpuasan hati mereka..
broken heart...
cahaya tak pernah rasa menyesal sebelum ni dalam membuat keputusan...walau sesusah mana cahaya tetap gembira dengan hidup cahaya..tapi sejak kebelakangan ini cahaya rasa keputusan yang cahaya buat 2 tahun yang lepas adalah keputusan yang salah..keputusan yang cahaya buat 2 tahun lepas telah membuat cahaya luka semakin teruk..namun sedaya upaya cahaya mengubah fikiran yang ini adalah warna kehidupan yang wajib cahaya lalui..cepat atau lambat cahaya akan merasainya juga...bezanya adalah watak yang berbeza, kisah yang berbeza  cuma yang sama adalah mungkin jalan cerita yang dikarang..cahaya betul-betul perlukan seseorang yang betul-betul dapat beriringan dengan cahaya..mendorong cahaya..bangunkan cahaya saat cahaya jatuh..cahaya rindukan family cahaya..diorang yang banyak support cahaya selama ni..along rindukan ibu, ayah n mak...along rindukan adek-adek along semua..

Friday, April 13, 2012

waNiTa~

wanita yang cantik adalah :



  1. melukis kekuatan melalui masalah
  2. tersenyum saat tertekan
  3. tertawa saat hati sedang menangis
  4. tabah disaat terhina
  5. mempersona kerana sifat pemaaf
  6. mengasihi tanpa balasan
  7. bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi

  • melukis kekuatan melalui masalah
seorang wanita akan terserlah kekuatannya apabila menghadapi ujian..bagaimana dia menangani masalah yang mendatang..samaada dia lemah atau tabah menghadapi ujian yang menimpa..sekiranya dia wanita yang kuat insyaAllah dia memanfaatkan dugaan yang menimpa untuk meningkatkan kekuatan diri..
  • tersenyum saat tertekan
seorang wanita yang hebat adalah wanita yang mampu menyembunyikan perasaan mereka dengan senyuman..orang sekelilingnya tidak mampu meneka apakah yang dirasa olehnya saat itu kerana dia sentiasa tersenyum samaada mempunyai masalah atau tidak..



  • tertawa saat hati sedang menangis
tindakannya merupakan satu senjata untuk tidak menampakkan dirinya seorang yang lemah..dia juga melakukan sedemikian kerana ingin menjadi seorang yang sangat tabah dan tidak mahu menyusahkan orang lain..selain itu juga, dia yakin akan pertolongan dari yang Esa..keyakinan terhadap Allah yang tidak pernah putus menyebabkan dia mampu menutup segala kedukaan dan kebimbangan dengan tertawa..



  • tabah disaat terhina
setiap yang baik sentiasa diuji olehNya..ujian itu pengukur tahap keimanan seseorang kepada Pencipta mereka..salah satu ujian itu adalah penghinaan dari segelintir manusia..penghinaan yang diberikan tidak mampu mematahkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan di hari mendatang..malah wanita ini tidak akan pernah jatuh..baginya yang menghina hanya sedikit..banyak lagi yang menyayanginya lebih-lebih lagi Allah yang sentiasa bersama kita walau susah mahupun senang..
  • mempersona kerana sifat pemaaf
bukan mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain tambah-tambah kesalahan itu merupakan kesalahan yang mampu melukakan hati dan perasaan..tetapi wanita cantik, kemaafan akan sentiasa diberikan kepada yang melakukan kesalahan padanya..kerana baginya itu adalah satu peluang untuknya agar lebih tabah..



  • mengasihi tanpa balasan
kasih terhadap suami dan keluarganya adalah tulus suci bukan 


mengharapkan balasan..bagi wanita cantik kasihnya bukan dibuat-


buat tetapi kasihnya tulus..sukar untuk kita mendapatkan kasih


dari wanita cantik dimana-mana kecuali kasih dari seorang ibu dan 


isteri yang solehah..

  • bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi
dia hanya berharap pada yang Esa..dia juga tidak pernah mengenal erti jemu dalam berdoa tidak siang dan malam untuk orang yang dia sayang..mereka tidak mementingkan diri sendiri..suami dan keluarga tidak terlepas dalam doa yang dipohon..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...