Sunday, June 17, 2012

iLMu daN HarTa ~

assalamualaikum semua..haip !! hari ni cahaya nak share pasal ilmu..sebelum cahaya mula cahaya nak tanya kat korang semua satu perkara..apa yang akan membuatkan korang jadi kaya..?daripada miskin menjadi kaya..daripada kaya menjadi sangat kaya..daripada sangat kaya menjadi teramat kaya..cuma yang Maha Kaya kita letakkan pada tempatNya iaitu Allah SWT..emas..? berlian..? intan permata..? hartanah..? mana satu ni..? semua pun salah..
waa~ emas dan wanita tidak dapat dipisahkan,ngee~
ada kaitan ke..??
the correct answer is the knowlegde..yuppy, ilmu + amal..daripada tak tahu kepada tahu..dan apabila tahu korang kena amal..Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
"barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu..barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu..dan barangsiapa yang menginginkan keduanya sekali maka hendaklah dengan ilmu.."
menarik kan pesanan baginda Rasulullah S.A.W..ringkas tapi sangat padat..Saidina Ali bin Abi Talib karamallahu wajhah pernah mengatakan yang orang yang berilmu adalah lebih baik daripada orang yang berharta..pada suatu ketika ulama-ulama khawarij telah mengujinya..mereka telah menanyakan antara ilmu dan harta manakah yang lebih baik...Saidina Ali dikehendaki memberi jawapan yang berbeza tetapi dalam ruang lingkup yang sama..jom kita tengok apa yang Saidina Ali jawab..
"ilmu tanpa amal seperti pokok yang tidak berbuah"
"ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah warisan para Rasul dan Nabi sedangkan harta adalah warisan Qarun, Firaun dan lain-lain.."
"ilmu adalah lebih baik kerana ilmu menjaga dan memelihara pemiliknya sedangkan harta dijaga dan dipelihara oleh pemiliknya.."
"ilmu adalah lebih baik kerana memperbanyakkan sahabat dan kawan sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.."
"ilmu apabila dikeluarkan semakin banyak tetapi harta apabila dikeluarkan semakin sedikit dan akhirnya habis.."
"ilmu adalah lebih baik kerana orang yang berilmu selalunya mendapat panggilan mulia disisi masyarakat sedangkan orang yang berharta selalu mendapat panggilan yang rendah.."
"tuntutlah ilmu hingga ke negeri China"
"ilmu lebih utama daripada harta kerana ilmu tidak boleh dicuri daripada pemiliknya tetapi harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.."
"ilmu adalah lebih baik kerana orang yang berilmu pada hari kiamat akan mendapat pertolongan daripadailmu yang diperkembangkan manakala orang yang berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut.." 
 "ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan habis walaupun tidak ditambah tetapi harta lambat laun akan habis.."
Prof. Dr. Hamka ~

 sementara mutiara kata daripada Prof. Hamka pula :
"ada ilmu ada harta jadi orang mulia,
ada ilmu tiada harta jadi hamba orang,
tiada ilmu tiada harta jadi binatang.."

jadi jom kita menuntut ilmu yang bermanfaat..noga-moga ilmu yang bermanfaat menyuluh kita ke jalan yang benar..









....................jangan lupa follow cahaya n komen entry ni plss.....................
  .............................kalau tak susah like la blog ni.................................

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...