Friday, April 13, 2012

waNiTa~

wanita yang cantik adalah :



  1. melukis kekuatan melalui masalah
  2. tersenyum saat tertekan
  3. tertawa saat hati sedang menangis
  4. tabah disaat terhina
  5. mempersona kerana sifat pemaaf
  6. mengasihi tanpa balasan
  7. bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi

  • melukis kekuatan melalui masalah
seorang wanita akan terserlah kekuatannya apabila menghadapi ujian..bagaimana dia menangani masalah yang mendatang..samaada dia lemah atau tabah menghadapi ujian yang menimpa..sekiranya dia wanita yang kuat insyaAllah dia memanfaatkan dugaan yang menimpa untuk meningkatkan kekuatan diri..
  • tersenyum saat tertekan
seorang wanita yang hebat adalah wanita yang mampu menyembunyikan perasaan mereka dengan senyuman..orang sekelilingnya tidak mampu meneka apakah yang dirasa olehnya saat itu kerana dia sentiasa tersenyum samaada mempunyai masalah atau tidak..



  • tertawa saat hati sedang menangis
tindakannya merupakan satu senjata untuk tidak menampakkan dirinya seorang yang lemah..dia juga melakukan sedemikian kerana ingin menjadi seorang yang sangat tabah dan tidak mahu menyusahkan orang lain..selain itu juga, dia yakin akan pertolongan dari yang Esa..keyakinan terhadap Allah yang tidak pernah putus menyebabkan dia mampu menutup segala kedukaan dan kebimbangan dengan tertawa..



  • tabah disaat terhina
setiap yang baik sentiasa diuji olehNya..ujian itu pengukur tahap keimanan seseorang kepada Pencipta mereka..salah satu ujian itu adalah penghinaan dari segelintir manusia..penghinaan yang diberikan tidak mampu mematahkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan di hari mendatang..malah wanita ini tidak akan pernah jatuh..baginya yang menghina hanya sedikit..banyak lagi yang menyayanginya lebih-lebih lagi Allah yang sentiasa bersama kita walau susah mahupun senang..
  • mempersona kerana sifat pemaaf
bukan mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain tambah-tambah kesalahan itu merupakan kesalahan yang mampu melukakan hati dan perasaan..tetapi wanita cantik, kemaafan akan sentiasa diberikan kepada yang melakukan kesalahan padanya..kerana baginya itu adalah satu peluang untuknya agar lebih tabah..



  • mengasihi tanpa balasan
kasih terhadap suami dan keluarganya adalah tulus suci bukan 


mengharapkan balasan..bagi wanita cantik kasihnya bukan dibuat-


buat tetapi kasihnya tulus..sukar untuk kita mendapatkan kasih


dari wanita cantik dimana-mana kecuali kasih dari seorang ibu dan 


isteri yang solehah..

  • bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi
dia hanya berharap pada yang Esa..dia juga tidak pernah mengenal erti jemu dalam berdoa tidak siang dan malam untuk orang yang dia sayang..mereka tidak mementingkan diri sendiri..suami dan keluarga tidak terlepas dalam doa yang dipohon..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...