Tuesday, May 29, 2012

saYa NaK JaDi IsteRi SoLeHah..

assalamualaikum readers sekalian..entry kali ni agak keMIANGan sikit, hehe..haruslah kan..? umur cahaya dah masuk 21 kot..waa ~ tapi perangai tak ubah cam umur 12 tahun je lagi, ngee ~
cakap pasal isteri solehah je mesti berlinang air mata ni..tak tau la kenapa kan..may be because i really miss to be a 'isteri solehah'..jom cahaya bawak korang semua..kita singkap satu kisah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi isteri anaknya Nabi Ismail..pada ketika itu Nabi Ismail tiada di rumah dan isterinya masih belum mengenali bapa mertuanya..

hanya itu yang ku inginkan
dari insan yang amat kusayang ~

apabila sampai je kat rumah Nabi Ismail maka terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya..

Nabi Ibrahim : siapa kamu..?
Menantu : aku isteri Ismail..
Nabi Ibrahim : dimanakah suamimu, Ismail..?
Menantu : dia pergi berburu..
Nabi Ibrahim : bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga..
Menantu : ohh, kami semua dalam kesempitan dan tidak pernah senang dan lapang (mengeluh)
Nabi Ibrahim : baiklah..jika suamimu balik sampaikan salamku padanya..katakan padanya supaya tukar tiang pintu rumahnya..
Menantu : baiklah..

setelah Nabi Ismail pulang dari berburu, isterinya terus menceritakan perihal orang tua yang datang ke rumahnya..

Nabi Ismail : adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua tu..?
Isteri : dia bertanya tentang kehidupan kita..
Nabi Ismail : apa jawapanmu..?
Isteri : aku berceritakan tentang kehidupan kita susah dan tidak pernah senang..
Nabi Ismail : adakah dia berpesan apa-apa..?
Isteri : ya...dia berpesan kepadaku supaya menyampaikan pesanan kepadamu dan menyuruh kamu menukar tiang pintu rumah..
Nabi Ismail : sebenarnya dia adalah ayahku..dia menyuruh kita berpisah..sekarang kembalilah dikau ke pangkuan keluargamu..

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT..sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar..
Tidak lama kemudian Nabi Ismail berkahwin lagi..setelah sekian lama Nabi Ibrahim datang ke Makkah untuk melawat anak dan menantunya..maka berlaku lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali..

Nabi Ibrahim : dimanakah suamimu..?
Menantu : dia tiada di rumah..dia sedang berburu..
Nabi Ibrahim : bagaimana kehidupan kamu sekeluarga..?mudah-mudahan dalam keadaan baik..
Menantu : syukur kepada Tuhan kerana kami semua dalam keadaan sejahtera dan tiada apa yang kurang..
Nabi Ibrahim : baguslah kalau begitu..
Menantu : silalah duduk sebentar...bolehlah saya hidangkan sedikit makanan..
Nabi Ibrahim : apa yang kamu mahu hidangkan..?
Menantu : ada sedikit daging..tunggu saya hidangkan minuman..

Nabi Ibrahim lalu berdoa "ya Allah berkatilah makanan dan minuman mereka.." (berdasarkan doa ini Rasulullah beranggapan negeri Mekkah mewah berkat doa Nabi Ibrahim)

Nabi Ibrahim : baiklah apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya..suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumah ini..

Apabila Nabi Ismail pulang seperti biasa dia akan bertanya sekiranya ada sesiapa yang datang mencarinya..

Nabi Ismail : ada sesiapa yang datang mencariku..?
Isteri : ya ada..seorang tua yang baik rupanya dan perwatakan sepertimu...
Nabi Ismail : apa katanya..?
Isteri : dia bertanya tentang kehidupan kita..
Nabi Ismail : apa jawapanmu..?
Isteri : aku jawab kehidupan kita baik dan tiada apa yang kurang...aku juga ajak dia makan dan minum..
Nabi Ismail : adakah dia berpesan apa-apa..?
Isteri : ya...dia berpesan kepadaku supaya menyampaikan pesanan kepadamu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumah..
Nabi Ismail : sebenarnya dia adalah ayahku..tiang pintu rumah adalah dirimu yang dimintanya untukku kekalkan..
Isteri : alhamdulillah..
insyaAllah.. >.<

begitulah kisah nabi Ibrahim yang cahaya nak bawakan..pada cahaya seorang isteri solehah sepatutnya 'sabar pada hati dan syukur pada wajah'..dari itu akan timbul ketenangan apabila seorang suami berhadapan dengan isterinya..seorang isteri juga tidak patut menyusahkan suaminya, cerewet dan suka merungut..mudah-mudahan cahaya boleh menjadi seorang isteri yang bisa menyenangkan dan menggembirakan bakal suami cahaya.. (>.^)v

Thursday, May 24, 2012

hATi iNi bERbiCaRa ~

assalamualaikum..lama cahaya tak update blog cahaya..tengah busy sikit sekarang ni...petang ni nak buat preparation untuk majlis "dining out" bagi rai senior intake 14 sempena cukup tempoh perkhidmatan mereka dalam palapes laut uum..wah ~ untung laa nak habis dah..lepas ni selamat menyambung kontrak dengan PSSTLDM pulak..bak kata G.O sebelum nie Pasukan Suka-Suka Tidur Lepak Dan Makan, hihi ~ tahniah tuan-tuan dan puan-puan intake 14.. ^_<

Dining Out 2012
"Hard to Bear, Sweet to Remember"
pagi nie tpat jam 0900h betul-betul buat cahaya lega..setelah hampir 1/4 hari mungkin lebih cahaya mencari dan akhirnya cahaya telah menemui..terima kasih ini cahaya tujukan untuk cik abg cahaya kerana membantu..RM10 kredit yang baru top-up habis dan 3 jam je kerana semata-mata mencari cameraman untuk event ni..tak lena tidur sebab still tak dapat cari..rasa dah down sangat-sangat malam tadi..call cik abg syg tak dapat..akhirnya ucapan gudnyte mengiringi kedukaan dan keDOWNan yang melanda..huhu ~
mood: down. . . 
dan bangun pagi rasa tak semangat..call cik abg, dia tanya ok tak..mestilah tak ok sebab tugasan still tak dapat selesaikan lagi..dia suruh letak nanti call lain..a few minutes later, "ZzZzZz" handphone cahaya bergetar sebab dalam mode silent.. cahaya buka sms tertera call abg..selepas jawab salam dia cakap dia tak dapat carikan..rasa dah lali sebab dari semalam pun jawapan tu yang cahaya dengar..n then dia diam..pastu dia sambung balik "abang dah dapatkan photographer untuk nur.." saat tu berlinangan air mata..syukur sangat kepada Allah kerana permudahkan urusan..terima kasih sangat kat cik abg syg HAIRY ADANAN..
tutup kisah tu..
cik abg syg..
ery banyak maen,huhu~

..........................................................main point is.......................................................

erm, sebenarnya hati ini tak senang dan selesa sejak kebelakangan ni...hati ni terdetik untuk berbicara lebih jauh namun keterbatasan menghalangnya...demi menjaga lebih banyak hati dari terluka biarlah hati ini terluka sendirian..kadangkala, hati ini terasa jauh hati..diri ini tidaklah sempurna..cahaya bahagia apabila lihat semua orang keliling cahaya gembira..kadangkala cahaya sanggup berkorban kesenangan untuk melihat segelintir antara mereka gembira..kadangkala cahaya sanggup terluka demi menyenangkan orang lain tapi seperti cahaya cakap cahaya bukan seorang insan yang sempurna..100% komitmen yang cahaya letakkan untuk membahagiakan orang lain tetap akan membuahkan ketidakpuasan hati mereka..
broken heart...
cahaya tak pernah rasa menyesal sebelum ni dalam membuat keputusan...walau sesusah mana cahaya tetap gembira dengan hidup cahaya..tapi sejak kebelakangan ini cahaya rasa keputusan yang cahaya buat 2 tahun yang lepas adalah keputusan yang salah..keputusan yang cahaya buat 2 tahun lepas telah membuat cahaya luka semakin teruk..namun sedaya upaya cahaya mengubah fikiran yang ini adalah warna kehidupan yang wajib cahaya lalui..cepat atau lambat cahaya akan merasainya juga...bezanya adalah watak yang berbeza, kisah yang berbeza  cuma yang sama adalah mungkin jalan cerita yang dikarang..cahaya betul-betul perlukan seseorang yang betul-betul dapat beriringan dengan cahaya..mendorong cahaya..bangunkan cahaya saat cahaya jatuh..cahaya rindukan family cahaya..diorang yang banyak support cahaya selama ni..along rindukan ibu, ayah n mak...along rindukan adek-adek along semua..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...