Thursday, March 22, 2012

tHe LorAx ~~

assalamualaikum kawan-kawan..lama cahaya update blog cahaya...bak kata orang da berhabuk da,huhu~
bukan cahaya sengaja tak update tapi disebabkan kekangan masa..kali ni cahaya nak cerita dengan korang semua pasal "THE LORAX" ..semalam cahaya pergi Jitra Mall on the spot...without any planning..cahaya pergi berempat..dengan cik abang dan kawannya Yazid bersama partner,huhu~ tapi sorry ea tak de gambar...cik abang cahaya la..bawak je kamera tapi tak nak tangkap...sengal tol,huhu~ ok la tak mau melalut banyak sangat..cahaya straight to the point je..

cumell sangat-sangat..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> the lorax punya kisah <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

The Lorax mengisahkan tentang seorang budak berumur 12 tahun, Ted Wiggins dalam menunaikan impian gadis idamannya, Audrey ingin melihat pokok sebenar yang tertanam di atas tanah..nenek Ted menyuruh Ted untuk bertemu dengan Once-ler bagi mengetahui apa sebenar yang terjadi pada pokok..untuk berjumpa dengan Once-ler, Ted perlu keluar dari bandar Thneedville..tempat yang dituju merupakan satu tempat yang sangat tercemar..setelah berjumpa Once-ler beberapa kali baru Ted mengetahui pokok-pokok semua ditebang akibat ketamakan Once-ler dalam mengejar keuntungan..di akhir cerita Ted  diberi satu misi oleh Once-ler..Once-ler telah memberi benih terakhir pokok kepada Ted dan menyuruhnya menanam di tengah-tengah bandar yang dapat di lihat semua penghuni Thneedville..

Thneedville..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> pengajaran dari kisah The Lorax <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


  • Ted Wiggins
Ted dan Audrey bersama benih terakhir Truffula Tree..
merupakan watak utama dalam filem animasi The Lorax.. Dr. Seuss' bijak menggunakan watak Ted dalam memerli manusia zaman sekarang secara global..watak Ted digambarkan golongan minoriti penduduk dunia yang benar-benar mengambil berat dengan alam sekitar..adakah kita termasuk golongan yang benar-benar mengambil berat tentang alam sekitar..
  • Once-ler
untuk yang pertama kali Once-ler menebang Truffula..
merupakan watak yang menggambarkan kerakusan manusia dalam mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan terhadap alam sekitar..watak ini juga menggambarkan manusia yang lupa pada janji kerana selepas dia menebang pokok truffula dia telah berjanji dengan The Lorax penjaga hutan tersebut yang dia takkan menebang pokok truffula untuk kali yang kedua..tapi dia melupai janjinya apabila produk Thneed telah mendapat sambutan ramai..kembali sedar apabila pokok terakhir ditumbangkan dan ditinggalkan oleh keluarga dan seluruh makhluk yang tinggal di dalam hutan tersebut.
  • keluarga Once-ler
merupakan watak yang digambarkan oleh Dr. Seuss' mewakili golongan yang hanya mengambil kesempatan atas orang terdekatnya hanya untuk mendapat keuntungan dan juga kepentingan diri sendiri..

cantekk nya la hai...
kisah ni sebenarnya menempelak perilaku golongan penduduk dunia yang mengabaikan alam sekitar..jadi cahaya amat-amat menggalakkan korang semua tengok la..disamping sarat dengan nilai-nilai murni, kartunnya sangat-sangat comel buat korang rasa nak tengok lagi..thumbs up The Lorax...

cumell sangat..
lupa pulak..dalam tu cerita ni ada letakkan satu perkataan yang amat-amat bermakna "unless"..
unless..

Tuesday, March 13, 2012

roManTikNYa RasULuLLaH..

Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita serta tauladan yang dapat diambil marilah kita bersama-sama talaudani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW bersama isterinya.


Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu
kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi".


Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian." 


Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama.

Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:


"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka" 



Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka. 


Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.


sweet kan..nak kawen jugak la cam ni,huhu~
tadi cahaya ada tengok-tengok blog Love Love Islam...tertarik dengan satu entry ni..maka sejujurnya cahaya cakap cahaya copy and paste je..sweetnya Rasulullah terhadap isteri-isterinya..agak-agak ada tak lelaki sesweet Rasulullah..may be tak dapat nak menandingi akhlak Rasulullah terhadap isteri-isterinya tapi cahaya percaya masih ramai lagi lelaki yang melayan isterinya dengan baik walaupun kebelakangan ni kita banyak dengar quote "lelaki sekarang semua sama je" ..

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..." 

Monday, March 5, 2012

LaDieS guEsT niGhT 2o12

assalamualaikum kawan-kawan..lama cahaya tak update blog nie..sibuk sangat sampai tak menang tangan,huhu..kali nie cahaya nak tunaikan janji cahaya...korang ingat tak entry sebelum nie..? cahaya ada sebut pasal tajuk kat atas nie kan..? sinisinisini !!!

sebelum cahaya start cahaya nak briefing sikit tentang Ladies Guest Night 2012 nie..dalam bahasa melayu Malam Tamu Nita..event nie merupakan event tradisi Palapes Laut UUM..setiap tahun diadakan..tujuan majlis ni diadakan adalah untuk meraikan kemasukan kadet baru..walaupun meraikan mereka tapi dah namanya kadet kan so diorang yang menghiburkan kami sebenarnya..

ok la tak nak cakap banyak kali nie..cahaya nak tunjuk beberapa gambar..bak kata orang a picture tell a thounsand words..so tak payah la cahaya nak membebel panjang-panjang kan..

perdana ballroom..
upacara memotong reben..

persembahan gimik ala2 james bond..
persembahan tarian junior cahaya yang cumell2..

tn ayie menyumbangkan satu lagu,huhu~
lakonan intake 16..
pengarah projek lak nak nyanyi..
3 finalis best couple..
best couple of the night goes to...
3 finalis king and queen..
king and queen of the night goes to...
sesi bergambar Datuk..
gambar kenangan kat kolam renang..

tu je yang cahaya dapat tunjuk..sebenarnya banyak lagi gambar tapi cahaya malas nak upload banyak-banyak sebab lama nak kena tunggu...penat la den..ok semoga ketemu lagi di laen entry..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...