Sunday, June 17, 2012

aSaL uSuL baBi, TiKus dAN kuCinG daLaM IsLam ~

assalamualaikum semua...yiiiihha ~ kali ni cahaya nak kongsi dengan korang semua asal kejadian babi, tikus dan kucing dalam Islam..seperti yang kita ketahui kucing dan tikus adalah haiwan yang saling berkaitan..dalam erti kata yang lain kucing lawannya tikus..mari cahaya bawa korang semua tentang kisah kejadian mereka yang memberi ikhtibar kepada kita tentang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT..
kisah tom and jerry..
TV3 kids
kita seringkali memuji kucing sebagai haiwan yang sangat comel kerana fizikal dan rupa bentuk yang Allah kurniakan kepada kucing tersebut..kita juga sering merasakan jijik dan menggerunkan apabila melihat tikus..apatah lagi babi..sehingga kata cacian dan makian seringkali segelintirnya dengan pantas dan tangkas menyebut haiwan ini untuk meluahkan rasa marah tanpa menyedari yang setiap kejadian Allah itu ada hikmah dan pengajaran yang sangat besar kepada kita ummat manusia..

KEJADIAN TIKUS DAN KUCING

riwayat menyatakan bahawa ketika Allah SWT hendak menurunkan azab kepada kaum Nabi Nuh yang ingkar, Allah telah memerintahkan Nabi Nuh membina sebuah kapal bagi mengangkut pengikut-pengikutnya dan menyelamatkan haiwan-haiwan sebelum bencana diturunkan..maka Allah telah memerintahkan supaya Nabi Nuh membawa setiap haiwan tersebut berpasang-pasangan..Iblis laknatullah juga turut menyertai Nabi Nuh a.s untuk menyelamatkan diri..setelah Allah menurunkan azab, maka berlayarlah kapal tersebut mengelilingi dunia...maka sepanjang pelayaran tersebut terjadilah beberapa permasalahan dan keajaiban..

"The Great of Noah Art" replica~
MASALAH 1 Nabi Nuh gusar kerana najis haiwan dan manusia telah memenuhi kapal dan menimbulkan ketidakselesaan kepada pengikut-pengikutnya..maka Nabi Nuh pun berdoa kepada Allah agar diberikan pertunjuk untuk menyelesaikan masalah ini..doa Nabi Nuh:
"ya Allah kapalku telah dipenuhi najis maka berilah petunjuk agar aku dapat menyelesaikan masalah ini.."
maka Allah telah berfirman:
"wahai Nuh, belailah gajah itu, nescaya keluarlah haiwan yang akan membersihkan najis-najis ini.."
maka setelah dibelai, keluarlah babi-babi dari gajah tersebut dan berpusu-pusu lalu membersihkan najis-najis itu tanpa sedikit pun sisanya..

KEJADIAN TIKUS melihat mukjizat yang Allah berikan kepada Nuh a.s, Iblis dengan perasaan cemburu turut mencuba membelai gajah tersebut lalu keluarlah tikus yang banyak dari gajah tersebut lalu merosakkan kapal Nabi Nuh a.s..
tikus dalam cerita Ratatouille ~

MASALAH 2 melihat tikus yang banyak telah merosakkan kapal Nabi Nuh sehingga dikhuatiri tenggelam, maka Nabi Nuh memohon kepada Allah bagi menyelesaikan masalah ini..doa Nabi Nuh:
"ya Allah, kapalku telah dirosakkan oleh tikus..aku takut seandainya karam kapalku maka berilah petunjuk agar aku dapat menyelesaikan masalh ini.."
Allah telah berfirman:
"wahai Nuh, belailah harimau itu, maka keluar daripadanya haiwan yang akan memusnahkan tikus-tikus tersebut.."
oyean yang cumell..
tak pernah lagi dukung dia..hanya mendengar  namamu sahaja,ngee~
maka setelah dibelai harimau tersebut maka keluarlah kucing-kucing dari harimau tersebut lalu memakan tikus-tikus itu sehingga tiada sedikit pun sisanya..

Wallahualam...
begitulah kisahnya..kisah nie cahaya terbaca dari sini...cahaya tertarik lalu cahaya kongsikan dengan korang..
sumber: Detail English Version
http://www.imamreza.net/eng/imamreza.php?id=9353
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...