Saturday, February 25, 2012

anGkaRA DreSs..

assalamualaikum semua..apa khabar semua..? harap-harap sihat belaka la ye kawan-kawan..minggu ni cahaya buzy sikit sebab tak lama lagi akan berlangsungnya satu majlis yang bakal mengukir sejarah..(waa~ ayat tu tak boleh blaa..) 24 februari ni bakal berlangsungnya satu majlis ala-ala Grand Dinner gitu iaitu Malam Tamu Nita Palapes Laut UUM..

not the real one..yang nie yang reject one..
mana boleh tunjuk yang betul tak suprise la nanti..
jadi sebab majlis ni la hari ni cahaya ajak cik abang cahaya cari dress kat Alor Star..kami bertolak daripada pukul 3..mula-mula cari kat Jitra..penat mencari tapi semuanya tak kena dengan tema..lagipun kat Jitra tak banyak pilihan..maka kami pun decide cari kat Alor Star..sampai kat City Plaza maka aktiviti mencari bermula..dari satu kedai ke satu kedai kami masuk..memang banyak pilihan tapi satu pun tak berkenan di hati cahaya..berjalan punya la lama tapi satu barang pun tak dapat lagi..kaki cahaya dah sakit sebab berjalan jauh..that's why cahaya paling tak suka shopping..tiba kat satu kedai cahaya nampak satu dress ni..agak simple tapi cantik..cahaya cakap kat cik abang yang cahaya nak beli dress tu..so cahaya pergi la test pakai dress tu..pada cahaya cantik dress tu walaupun sangat simple..tapi cik abang tak minat..dia pun pergi la cari dress yang lain..pastu suruh cahaya test dress yang lagi satu tu..tapi cahaya tak berkenan sangat dress tu..banyak kali test..bukak, pakai balik..pastu bukak and then pakai balik..

pilihan cik abang..quite good..
cahaya tetap rasa yang simple tu cantik..cahaya ingat nak ambik je yang simple tu tapi cik abang punya muka nampak sangat tak berkenan so finally i took another one..that he was chosen just now..cahaya la pulak yang tak puas hati sebab pilih dress yang cahaya tak minat sangat..tapi kejap je rasa tak puas hati tu..pastu cahaya lupa kami pergi cari kasut pulak..disebabkan dress yang ada kat pasaran semua standard saiz model tinggi lampai maka cahaya pun carilah kasut high heels..memang high la,huhu..tak tau la berapa inci punya tinggi tapi tetap cahaya rendah daripada cik abang..

high heels..tak tau la nak pakai bila lagi after LGN ni..
singgah makan dulu..
hari pun dah makin lewat..kami merayap lagi..kali ni dapat tudung pulak..tapi tudung tu tak pakai kot dengan dress tu sebab tak sesuai la..penat berjalan..kaki pun dah sakit so kami pun bergerak balik ke UUM..dalam perjalanan singgah kedai makan Joe Cendol..penat tak tau nak kata sampai cahaya boleh tertidur time tunggu cik abang cahaya habiskan makanan dia..balik je bilik cuba-cuba dulu pakaian pastu solat terus je tidur sebabnya PENAT..ok lah cahaya nak stop dulu nak pergi makan..lapar..nantikan entry seterusnya sambungan entry kali ni..

Saturday, February 18, 2012

seMeSTer BaRu sEmANgaT bARu aZaM BarU...

assalamualaikum semua..erm,cepatnya dah masuk semester baru..diam tak diam cahaya dah masuk sem ke 4..maknanya dah nak masuk 2 tahun cahaya menuntut segala ilmu, pengalaman dan juga pahit manis kehidupan sebagai seorang mahasiswa UUM..

Universiti Utara Malaysia
sem nie makin berat dan makin besar dugaan sebab subjek makin mencabar dan makin susah..cahaya ambil 7 subjek kali ni..dan 5 paper daripadanya adalah paper akaun..waa~ berat tu..selain tu cahaya juga menggalas tanggungjawab sebagai rank holder dalam ROTU NAVY UUM dan sebagai ahli baru JKPS DPP BSN..dengan tanggungjawab yang sedia ada cahaya harap cahaya dapat menggalasnya dengan baik tanpa mengabaikan tanggungjawab utama cahaya sebagai seorang pelajar, anak dan hambaNya..sem nie cahaya ingat nak aktif dalam hoki, acara kegemaran iaitu larian dan usrah untuk keagamaan..waa~ banyaknya la hai..jangan abaikan yang penting sudah ye cik cahaya oii..

Insyaallah 
bermulanya hari esok maka bermulalah semester baru untuk kali ini..macam sebelum-sebelum ni (termasuklah time sekolah dulu,huhu~) masuk je sem baru maka semangat untuk belajar pun berkobar-kobar..harap sangat-sangat sem nie kobaran tu berpanjangan sampai ke akhir sem nie dan bawa ke sem akan datang,huhu..azam kali ni cahaya kalau boleh tak nak ponteng kelas langsung..dan nak cari carry mark tinggi untuk setiap subjek serta nak dapat anugerah dekan untuk sem nie..insyaallah..kalau usaha susah macam mana pun akan membuahkan hasil..walaupun tak dapat apa yang kita angankan tapi sekurang-kurangnya hasil yang kita dapat berbaloi dengan apa yang kita usahakan..cahaya suka ayat ni "kalau nak mimpi, biar mimpi sampai ke bintang..kalau tak tergapai pun dapat capai langit pun jadilah.."

biar mimpi sampai ke bintang..
siapa dapat teka tu ayat tu dari filem apa..?? betul..!! filem biar mimpi sampai ke bintang..
doakan cahaya berjaya ye kawan-kawan...ok la cahaya nak masuk tidur dulu..esok dah start kelas..

Tuesday, February 14, 2012

suBHanALLah !! hUJan iKaN di HonDuRas auStRaLia

assalamualaikum semua..entry kali cahaya nak kongsi dengan korang semua pasal apa yang cahaya temui sebentar tadi..sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa..cahaya copy&paste je ea sebab kalau cahaya taip nanti ada maklumat yang tak sampai kerana proses penapisan maklumat yang cahaya lakukan..so langkah selamat copy paste je ea..



Satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Honduras Australia telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ.
Seperti sebelum-sebelum ini, kita sering mendengar tentang kisah berlakunya hujan batu. Tetapi kali ini kami ingin tunjukkan kepada anda mengenai hujan luar biasa yang telah berlaku di Australia.
Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan. Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar.
Lokasi kejadian pelik ini berlaku Lajamanu di Wilayah Utara, mempunyai populasi penduduk seramai 669, telah menyaksikan beratus-ratus ikan pelik yang bewarna putih dan kecil jatuh dari langit semasa hujan yang kebanyakannya masih hidup. Jangan lupa menonton video Hujan Ikan Di Honduras Australia di atas. Subhanallah!
Pakar cuaca di Australia percaya ikan pelik, Spangled Perch, disedut dalam ribut petir sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu.
Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: “Ia boleh melayangkan ikan pelik itu sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara.
Ia adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada 30 tahun Lajamanu dihujani oleh ikan yang jatuh dari langit, menurut News Northern Territory, selepas laporan fenomena pada tahun 1974 dan 2004.

copy paste dari SINI

Waa~ SeRiuS ke Nie..??

assalamualaikum semua..
cahaya pun tak tau nak bagi intro apa kali ni..yang pasti hari ni cahaya happy sangat-sangat..2 minggu cahaya tak berpeluang nak sentuh lappy cahaya..dan hari ni masuk hari yang ketiga..cahaya dapat suprise,huhu~
korang semua nak tau tak..? apa yang suprise sangat tu cahaya oii..? ok ok guess what..?

blog cahaya terpilih BLOG PILIHAN 2012 oleh abang HASRUL HASSAN..macam tak percaya je..ye ye je cahaya nie kan..bukti mana..? tunjuk bukti dulu..erm,buktinya jeng..jeng..jeng..

terharunya saya..terasa berada di awangan je,huhu~
cahaya betul-betul tak sangka yang blog cahaya direview..yup, I know I still new in blogging..may be that's why I feel very happy and excited..thanks abang Hasrul Hassan kerana mengangkat blog yang tak seberapa ni sebagai blog pilihan abang..cahaya sangat-sangat menghargainya.. peace yoo.. (>.<)v

Monday, February 13, 2012

beLaJAr uNtuK MeMaaFkaN OraNG

assalamualaikum semua..hari ni cahaya nak share satu perkara lahir dari apa yang cahaya rasa sendiri..jum cahaya nak ajak korang semua review zaman kita kecik-kecik dulu..ada tak antara korang semua yang waktu kecik bergaul dengan kawan-kawan tak pernah gaduh..?? ada tak..?
ayat budak dulu-dulu..sekarang tak tau la ada lagi tak lagu
nama kamu Dollah, t**** kamu sebelah,huhu~
kalau ada tepuk tangan untuk diri masing-masing..sesungguhnya korang anak-anak yang baik waktu kecik-kecik dulu..kalau yang pernah gaduh pulak..erm,cahaya nak tanya berapa lama korang ambik masa untuk berbaik dengan kawan bila korang bergaduh..? kalau ikut cahaya tak sampai 2 jam korang da kamcing balik..betul tak..?perasan tak kawan-kawan dulu waktu zaman kecik-kecik kita gaduh dengan kawan kejap je..paling lama pun 2 hari je kot...esok lusa tulat korang main balik sama-sama..cuba kalau umur sekarang korang berselisihan faham dengan kawan-kawan..paling cepat korang akan berbaik ambik masa 2 minggu..paling lama pulak..? tak baik-baik langsung..nampak tak bezanya gaduh budak-budak dengan gaduh orang dewasa..?
risau cahaya tengok..cam nak berperang je,huhu~
adat manusia mesti ada ketidakfahaman..kerana lain orang lain cara pemikirannya..maka belajarlah untuk memaafkan orang lain..perkara yang paling simple tapi menjadi susah kerana ego kita..tak susah untuk maafkan orang lain..caranya fikir apa kebaikan yang kawan kita buat pada kita..jangan fikir apa yang dia buat dah lukakan perasaan kita..dengan cara nie korang semua akan memaafkan dia dengan hati yang terbuka..dengan memaafkan orang lain elak diri kita menjadi seorang yang pendendam..sekiranya kita tau salah kita jangan malu untuk mengungkap kata maaf..

tak rugi kita meminta maaf..
tapi cahaya macam mana kalau kita dah usaha untuk berbaik tapi orang tu tak nak..? senang je cara dia..lagi dia jauhkan diri dari kita lagi kita datang dekat ke arah dia..lama mana dia nak jauhkan diri..nak nak pulak hari-hari berjumpa..saling bergantungan antara satu sama lain..just do what we think we should to do..ignore his/her reaction..kalau orang datang minta maaf kat kita pulak jangan la jual mahal atau pun rasa bangga yang dia datang menyerah..bagi cahaya tak semestinya dia tegur dulu atau minta maaf dulu orang tu salah..cahaya respect sangat kalau ada antara kita yang mampu buat macam tu..kita semua sebenarnya boleh je cuma kalah dengan ego..kalau tak walhal kita mampu berbaik semula waktu gaduh kecik-kecik dulu..

saya dah maafkan awak..dont worry..uhibbuki fillah..
akhir kata cahaya nak cakap jangan gaduh-gaduh ea..lepak chill bebeh.. (>_<)v

Sunday, February 12, 2012

sAkiTnYa diPerMaiNKan ~

assalamualaikum semua..
hari ni cahaya godek-godek lappy cahaya..tetiba jumpa satu video ni..
ada tak antara kalian semua yang pernah rasa kecewa kerana cinta..?
cahaya pun ada pengalaman tu jugak..sakitnya kecewa akibat dilukai..

don't break my heart..
sakitnya melihat orang yang kita sayang dengan orang lain..
tapi kita tak boleh buat apa-apa..
sakitnya dipermainkan..tapi betul kata orang perempuan senang memaafkan..
susah nak berdendam..
untunglah lelaki yang mempermainkan perempuan yang mempunyai sikap ni 
sebab kesalahannya dah dimaafkan tanpa perlu memohon maaf..
kawan-kawan yang sedang bersedih sekarang yuk..jangan bersedih lagi..
jum cahaya bawa kawan-kawan tengok video ni..
video yang memotivasikan cahaya supaya bangun dari kesedihan..jangan hanyut dengan emosi..
supaya kembali berfikir bahawa Allah telah merancang yang terbaik untuk kita..


muEeZa

assalamualaikum kawan-kawan..hari ni demam cahaya dah kebah..tak teruk macam kelmarin..
tajuk entry kali ni mueeza..ada tak di antara kawan-kawan pernah dengar perkataan Mueeza..?
cepat siapa dapat jawab cahaya belanja makan ais krim paddle pop,ngee~

Mueeza merupakan kucing peliharaan nabi junjungan kita Rasulullah s.a.w..setiap kali Nabi menerima tamu di rumah Nabi selalu mengendong Mueeza dan meribanya di atas paha Baginda..salah satu sifat Mueeza yang disukai Nabi adalah apabila mendengar azan Mueeza mengiau seolah-olah mengiringi alunan azan..

nyenyaknya dia tidur..
Baginda berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyayangi keluarga sendiri..

pernah berlaku apabila Rasulullah ingin mengambil jubah Baginda tetapi Mueeza sedang nyenyak tidur di atas jubah tersebut..Rasulullah pun memotong belahan lengan yang Mueeza tidur dari jubahnya supaya tidak membangunkan Mueeza..

you are under arrest,huhu~
ketika Nabi pulang Mueeza terbangun dan meruntun ke majikannya..sebagai balasan, Nabi menunjukkan kasih sayangnya dengan mengelus lembut badan Mueeza..begitu sayangnya Rasulullah kepada kucing..Nabi menekankan bahawa kucing bukanlah najis..bahkan dibolehkan berwudu' dengan menggunakan air bekas minuman kucing kerana ia dianggap suci..

Abu Qatadah berkata Baginda bersabda "kucing tidak najis..ia adalah haiwan yang suka berkeliling di rumah.." [ HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud dan Ibnu Majah ]

Diriwayatkan oleh Ali bin Al-Hasan, dan Anas menceritakan bahawa Nabi s.a.w pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah...lalu Baginda berkata, "Ya Anas, tuangkan air wudu' untukku ke dalam bejana." Lalu Anas menuangkan air..ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana..
namaun seekor kucing datang dan menjilati bejana..melihat itu, Baginda berhenti sehingga kucing itu berhenti minum lalu Baginda pun berwudu'..
Nabi ditanya mengenai kejaian tersebut, Baginda menjawab, "ya Anas, kucing termasuk dalam perhiasan rumahtangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

rindu kat memey.. bukak sem nie hope memey balik la ea..
diriwayatkan oleh Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur..namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, ternyata Aisyah sedang solat..lalu ia memberikan isyarat untuk meletakkan bubur tersebut..
sayangnya setelah Aisyah selesai solat, ia terlupa pada buburnya..atanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut..ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah ra lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing tersebut lalu memakannya..
Rasulullah bersabda, "ia tidak najis..ia binatang yang berkeliling.." Aisyah pernah melihat Rasulullah saw berwuduk dari jilatan kucing.."
[ HR Al-Baihaqi, Abd Al-Razzaq dan Al-Daruquthni]

oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci..



rujukan : tekan sini

bAngGa BerKHiDmaT (LagU niLaI TerAS tLDm)

Berteraskan 4 nilai murni
Jadi pemangkin visi dan misi
Menjana tekad untuk berbakti
Bangsa berkhidmat sentiasa disegani

Kemuliaan.. Berhati luhur
Kesetiaan.. Patuh dan taat
Keberanian sedia berkorban
Kebanggaan rela berkhidmat

Ikrar kami sekata
Berkhidmat dengan bangga
Capai wawasan mulia
Tentera Laut bertaraf dunia


Saturday, February 11, 2012

dEmAM La...

assalamualaikum semua..
cahaya demam la kawan-kawan da masuk 3 hari lepas ACT hari tu..cahaya abes ACT 10hb serentak dengan annual camp cik abang cahaya...kalau korang semua nak tau cik abang cahaya join ROTU ARMY cahaya lak ROTU NAVY..kebetulan latihan lanjutan kami jatuh hari yang sama..cahaya tunggu cik abang cahaya call tapi tak pulak dia call..
bila la nak call nie,huhu~
finally i decide want to call him..angkat je phone terus je dia cakap sorry sebab tengah bz dengan malam mesra..al maklumlah timbalan pengarah projek..cahaya punya suara da bunyi orang sakit teruk da..tapi dia diam je..just cakap ada banyak kerja..so cahaya pun letak la call..tak nak fikir pape da..yang cahaya tau cahaya nak tidur..sampai uum dalam kol 10.30 mlm..lepas mandi cahaya terus capai lappy sebab nak cek result exam..dekat sejam lebih baru boleh tengok..

alhamdulillah..
alhamdulillah..PMK cahaya naek 3 pointer sem nie..sem depan kena usaha kuat lagi..pastu cahaya sibuk amek gambar-gambar time ACT kat mimah..kol 12.00 mlm cik abang call cakap nak jumpa kat emzek..cahaya capai baju t-shirt lengan panjang, tudung terus je keluar..sampai depan emzek cahaya tengok cik abang tak sampai lagi..

sekadar gambar hiasan,ngee~
sampai-sampai je cik abang dia bagi satu beg plastik segala tok nenek panadol..panadol actifast, panadol soluble, paracetamol, air asam jawa dan woods'..kesian tengok cik abang penat pun snggup pergi carikan ubat untuk cahaya..tapi cahaya tak usik sikit pun ubat yang cik abang belikan kecuali air asam jawa untuk sejukkan badan ngan woods' sebab cahaya batuk teruk..malam tu sembang kejap je dengan cik abang..nampak penat sangat muka dia..
esoknya cik abang call tapi cahaya tak angkat..pastu dia send message nak join eco-challenge tak..punya la semangat tak ingat yang tengah demam..cahaya pun terus call dia..dia suruh cahaya kemas dulu apa yang patut..cahaya terus kemas..tetiba cik abang call cakap cahaya tak dapat join sebab dah penuh..cahaya sedih sangat-sangat..cahaya tak marah dia tapi ntah la..may be sebab cahaya excited nak join benda tu..tetiba tak dapat..cik abang pujuk cahaya..dia cakap cahaya tak sihat lagi..

cahaya demam..perlukan rehat..
jangan sedih2 ea,huhu~
tapi cahaya diam je..sebab tengah nangis..kalau cakap sambil nangis nanti cik abang tak faham pun..petang tu cik abang kelam kabut kemaskan barang-barang..penat tak usah cakap la...annual camp 3 minggu, timbalan pengarah projek malam mesra pastu kena pergi eco-challenge lak..cahaya nak makan dengan dia pun tak dapat..n cahaya pun tak sempat nak jumpa dengan dia semalam sebelum dia bertolak..hopefully cik abang selamat pergi dan tiba..

rindunya kat dia..

buDi BahAsA buDAyA kITa ..

assalamualaikum semua..tajuk kali nie da macam tajuk lagu Datuk Siti Nurhaliza lak ea..
first of all cahaya nak minta maaf kalau entry nie sakitkan hati orang yang terasa..cahaya tak berniat nak guriskan hati siapa-siapa..cahaya ceritakan berdasarkan pengalaman cahaya sendiri bersama rakan-rakan yang laen..korang semua mesti pernah dengar pepatah nie kan..kalau kita nak orang lain hormat kita, kita mesti hormat orang lain..tak kira sama ada orang tu pangkatnya lebih rendah, umurnya lebih muda dan sebagainya...untuk buat orang hormatkan kita tak perlu meminta orang hormatkan kita cukup sekadar kita menjalankan tugas kita, tidak menjatuhkan maruah orang lain, tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan sentiasa tersenyum sudah cukup untuk membuatkan orang sekeliling kita menghormati kita..


  • jaga imej yang kita bawa
tolong jaga imej yang korang bawak..imej yang korang bawak kadang-kadang bersifat universal..apabila kita melakukan sesuatu yang menyebabkan orang marah, orang bukan saja marahkan kita tetapi juga mengutuk orang lain yang membawa imej tersebut..jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

  • jangan sewenang-wenangnya jatuhkan maruah orang lain
nie cahaya paling pantang..tolong jangan letakkan maruah orang lain di bawah tapak kaki korang..walaupun orang tu tukang sapu sampah peminta sedekah or something else..jangan buat orang lain seperti anjing kurap..nak suruh orang lain sujud sembah kat kaki korang..cahaya dah pernah kena..so cahaya tau apa perasaan bila orang buat kita macam tu..cahaya da maafkan orang tu tapi tetap terguris..luka tu still berdarah..
  • tolong hormat orang yang lebih berusia walaupun orang tu lebih rendah pangkatnya berbanding korang
walaupun korang rasa korang hebat sebab pangkat yang korang miliki tapi tolong jangan bersikap kurang ajar kepada orang yang lebih berusia kerana mereka lebih berusia dan berkemungkinan mereka lebih hebat berbanding korang semua..
  • tolong jangan mempersoalkan keupayaan orang lain..dan jangan suka membuat perbandingan antara diri korang dan orang lain
nie pun cahaya kena juga..dipersoalkan kelebihan diri cahaya..jangan suka mempersoalkan kelebihan orang lain..fikir dulu perasaan orang lain sebelum korang mengeluarkan sesuatu perkataan dari mulut korang..ingat pepatah nie kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa..

tu je kot yang cahaya nak cakap hari ni..may be orang tu takkan baca apa yang tulis dalam nie tapi kepada orang lain yang membaca plis take note..amat-amat penting tingkahlaku kita kerana membabitkan perasaan orang lain..

tHaNa ALphA tAHun sATu ~

assalamualaikum semua..kali cahaya nak cerita pasal percutian cahaya baru-baru nie...waa~ percutian tuuu..
mesti korang tertanya-tanya kan cahaya pergi bercuti kat mana..? hah !! cahaya pergi bercuti kat Kolej Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1)..sebenarnya bukan bercuti tapi cahaya buat latihan lanjutan palapes laut (ACT) kat sana..ACT berlangsung selama 12 hari..starting 30 Januari sehingga 10 Februari 2012..
kami dipecahkan mengikut division masing-masing..cahaya termasuk dalam division Thana Alpha Tahun Satu..terdapat 31 orang ahli dalam division nie gabungan 8 buah universiti seluruh Malaysia..

thana alpha tahun 1

rutin sepanjang ACT adalah sama setiap hari..jam 0445H bermulanya aktiviti early morning activity (EMA)..
kemudian sarapan pagi..masuk kelas untuk persiapan peperiksaan..kemudian kelas kawad kaki..div kami beruntung sebab kawad kaki waktu pagi...ada div yang kena waktu tengahari..makan tengahari kemudian bersiap untuk evening activity (EA)...balik EA ready for night round..pipe down setiap hari jam 2359H..no movement after pipe down..disebabkan kami tahun satu maka rutin kami berlari..pergi kelas berlari, nak pergi makan berlari, lepas makan berlari...semua pun berlari..maka selepas ACT cahaya dah fit,huhu~

tadi cahaya cerita pasal rutin...sekarang cahaya nak cerita pasal aktiviti selain daripada rutin..sepanjang ACT kami diberi peluang untuk melawat kapal..div kami diberi peluang untuk melawat KD JEBAT..

Malaysian Navy frigate KD Jebat..
cahaya da naek korang bila lagi,huhu~
lawatan selama beberapa jam memberi sedikit input..walaupun tak banyak tapi cukup untuk memberi pengalaman kepada kami..selain membuat lawatan kami juga diberi peluang untuk berlayar dengan KD Sri Indera Sakti..pelayaran selama satu hari ini memberi pendedahan kepada kami bagaimana kehidupan di dalam kapal...cahaya dapat sedikit ilmu bagaiamana menentukan waktu solat tanpa menggunakan jam...bagaimana nak tentukan kedudukan kapal..yang paling best adalah perlawanan antara div zain dan div thana dalam menguji pengetahuan tentang Navy Communication Flags..

KD Sri Indera Sakti

gambar-gambar menarik sepanjang ACT..

semasa lawatan KD Jebat..

kelas general navigation bersama lt. faries..

demotrasi stesen bertindak
setakat tu je gambar yang mampu cahaya kongsikan..sejujurnya cahaya rindukan Thana Alpha Tahun Satu..sampai demam-demam dibuatnya,huhu~ ok itu auta semata-mata..hanya kebetulan sahaja..demam tu tak de kaitan dengan rindu-rindu nie k..^^
sehingga ketemu lagi tahun hadapan..

TLDM - Thana Lapa Division Melantong..


Friday, February 10, 2012

juNiOR miDsHipMenT !!

assalamualaikum..
2 minggu tak tengok blog..sebab ada annual camp kat KDSI 1 di Lumut..rindu siot..
kali nie cahaya nak cerita sal apa yang berlaku dalam hidup cahaya baru-baru nie sebelum pergi annual camp..
full strength intake 15 ROTU NAVY UUM
tanggal 27 januari secara rasminya cahaya dan skuad intake 15 dinaikkan pangkat dari cadet kepada midshipment.. kalau dulu PK sekarang dah guna PKK..
upacara kenaikan pangkat diadakan di KDSP, Pulau Pinang..upacara pemakaian pangkat dilaksanakan oleh Kapten Datuk Dr Mohd Razha Hj Abdul Rashid..

upacara pemakaian pangkat
upacara yang ringkas tapi amat-amat bermakna buat cahaya..dengan bermulanya gelaran baru maka bermulalah juga kehidupan baru dengan rutin yang baru...go go chayoookk !!

ucapan oleh
Kapten Datuk Dr Mohd Razha Hj Abdul Rashid
smart kan..??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...