Saturday, February 11, 2012

tHaNa ALphA tAHun sATu ~

assalamualaikum semua..kali cahaya nak cerita pasal percutian cahaya baru-baru nie...waa~ percutian tuuu..
mesti korang tertanya-tanya kan cahaya pergi bercuti kat mana..? hah !! cahaya pergi bercuti kat Kolej Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1)..sebenarnya bukan bercuti tapi cahaya buat latihan lanjutan palapes laut (ACT) kat sana..ACT berlangsung selama 12 hari..starting 30 Januari sehingga 10 Februari 2012..
kami dipecahkan mengikut division masing-masing..cahaya termasuk dalam division Thana Alpha Tahun Satu..terdapat 31 orang ahli dalam division nie gabungan 8 buah universiti seluruh Malaysia..

thana alpha tahun 1

rutin sepanjang ACT adalah sama setiap hari..jam 0445H bermulanya aktiviti early morning activity (EMA)..
kemudian sarapan pagi..masuk kelas untuk persiapan peperiksaan..kemudian kelas kawad kaki..div kami beruntung sebab kawad kaki waktu pagi...ada div yang kena waktu tengahari..makan tengahari kemudian bersiap untuk evening activity (EA)...balik EA ready for night round..pipe down setiap hari jam 2359H..no movement after pipe down..disebabkan kami tahun satu maka rutin kami berlari..pergi kelas berlari, nak pergi makan berlari, lepas makan berlari...semua pun berlari..maka selepas ACT cahaya dah fit,huhu~

tadi cahaya cerita pasal rutin...sekarang cahaya nak cerita pasal aktiviti selain daripada rutin..sepanjang ACT kami diberi peluang untuk melawat kapal..div kami diberi peluang untuk melawat KD JEBAT..

Malaysian Navy frigate KD Jebat..
cahaya da naek korang bila lagi,huhu~
lawatan selama beberapa jam memberi sedikit input..walaupun tak banyak tapi cukup untuk memberi pengalaman kepada kami..selain membuat lawatan kami juga diberi peluang untuk berlayar dengan KD Sri Indera Sakti..pelayaran selama satu hari ini memberi pendedahan kepada kami bagaimana kehidupan di dalam kapal...cahaya dapat sedikit ilmu bagaiamana menentukan waktu solat tanpa menggunakan jam...bagaimana nak tentukan kedudukan kapal..yang paling best adalah perlawanan antara div zain dan div thana dalam menguji pengetahuan tentang Navy Communication Flags..

KD Sri Indera Sakti

gambar-gambar menarik sepanjang ACT..

semasa lawatan KD Jebat..

kelas general navigation bersama lt. faries..

demotrasi stesen bertindak
setakat tu je gambar yang mampu cahaya kongsikan..sejujurnya cahaya rindukan Thana Alpha Tahun Satu..sampai demam-demam dibuatnya,huhu~ ok itu auta semata-mata..hanya kebetulan sahaja..demam tu tak de kaitan dengan rindu-rindu nie k..^^
sehingga ketemu lagi tahun hadapan..

TLDM - Thana Lapa Division Melantong..


4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...