Sunday, February 12, 2012

muEeZa

assalamualaikum kawan-kawan..hari ni demam cahaya dah kebah..tak teruk macam kelmarin..
tajuk entry kali ni mueeza..ada tak di antara kawan-kawan pernah dengar perkataan Mueeza..?
cepat siapa dapat jawab cahaya belanja makan ais krim paddle pop,ngee~

Mueeza merupakan kucing peliharaan nabi junjungan kita Rasulullah s.a.w..setiap kali Nabi menerima tamu di rumah Nabi selalu mengendong Mueeza dan meribanya di atas paha Baginda..salah satu sifat Mueeza yang disukai Nabi adalah apabila mendengar azan Mueeza mengiau seolah-olah mengiringi alunan azan..

nyenyaknya dia tidur..
Baginda berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyayangi keluarga sendiri..

pernah berlaku apabila Rasulullah ingin mengambil jubah Baginda tetapi Mueeza sedang nyenyak tidur di atas jubah tersebut..Rasulullah pun memotong belahan lengan yang Mueeza tidur dari jubahnya supaya tidak membangunkan Mueeza..

you are under arrest,huhu~
ketika Nabi pulang Mueeza terbangun dan meruntun ke majikannya..sebagai balasan, Nabi menunjukkan kasih sayangnya dengan mengelus lembut badan Mueeza..begitu sayangnya Rasulullah kepada kucing..Nabi menekankan bahawa kucing bukanlah najis..bahkan dibolehkan berwudu' dengan menggunakan air bekas minuman kucing kerana ia dianggap suci..

Abu Qatadah berkata Baginda bersabda "kucing tidak najis..ia adalah haiwan yang suka berkeliling di rumah.." [ HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud dan Ibnu Majah ]

Diriwayatkan oleh Ali bin Al-Hasan, dan Anas menceritakan bahawa Nabi s.a.w pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah...lalu Baginda berkata, "Ya Anas, tuangkan air wudu' untukku ke dalam bejana." Lalu Anas menuangkan air..ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana..
namaun seekor kucing datang dan menjilati bejana..melihat itu, Baginda berhenti sehingga kucing itu berhenti minum lalu Baginda pun berwudu'..
Nabi ditanya mengenai kejaian tersebut, Baginda menjawab, "ya Anas, kucing termasuk dalam perhiasan rumahtangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

rindu kat memey.. bukak sem nie hope memey balik la ea..
diriwayatkan oleh Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur..namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, ternyata Aisyah sedang solat..lalu ia memberikan isyarat untuk meletakkan bubur tersebut..
sayangnya setelah Aisyah selesai solat, ia terlupa pada buburnya..atanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut..ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah ra lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing tersebut lalu memakannya..
Rasulullah bersabda, "ia tidak najis..ia binatang yang berkeliling.." Aisyah pernah melihat Rasulullah saw berwuduk dari jilatan kucing.."
[ HR Al-Baihaqi, Abd Al-Razzaq dan Al-Daruquthni]

oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci..



rujukan : tekan sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...