Saturday, February 11, 2012

buDi BahAsA buDAyA kITa ..

assalamualaikum semua..tajuk kali nie da macam tajuk lagu Datuk Siti Nurhaliza lak ea..
first of all cahaya nak minta maaf kalau entry nie sakitkan hati orang yang terasa..cahaya tak berniat nak guriskan hati siapa-siapa..cahaya ceritakan berdasarkan pengalaman cahaya sendiri bersama rakan-rakan yang laen..korang semua mesti pernah dengar pepatah nie kan..kalau kita nak orang lain hormat kita, kita mesti hormat orang lain..tak kira sama ada orang tu pangkatnya lebih rendah, umurnya lebih muda dan sebagainya...untuk buat orang hormatkan kita tak perlu meminta orang hormatkan kita cukup sekadar kita menjalankan tugas kita, tidak menjatuhkan maruah orang lain, tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan sentiasa tersenyum sudah cukup untuk membuatkan orang sekeliling kita menghormati kita..


  • jaga imej yang kita bawa
tolong jaga imej yang korang bawak..imej yang korang bawak kadang-kadang bersifat universal..apabila kita melakukan sesuatu yang menyebabkan orang marah, orang bukan saja marahkan kita tetapi juga mengutuk orang lain yang membawa imej tersebut..jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

  • jangan sewenang-wenangnya jatuhkan maruah orang lain
nie cahaya paling pantang..tolong jangan letakkan maruah orang lain di bawah tapak kaki korang..walaupun orang tu tukang sapu sampah peminta sedekah or something else..jangan buat orang lain seperti anjing kurap..nak suruh orang lain sujud sembah kat kaki korang..cahaya dah pernah kena..so cahaya tau apa perasaan bila orang buat kita macam tu..cahaya da maafkan orang tu tapi tetap terguris..luka tu still berdarah..
  • tolong hormat orang yang lebih berusia walaupun orang tu lebih rendah pangkatnya berbanding korang
walaupun korang rasa korang hebat sebab pangkat yang korang miliki tapi tolong jangan bersikap kurang ajar kepada orang yang lebih berusia kerana mereka lebih berusia dan berkemungkinan mereka lebih hebat berbanding korang semua..
  • tolong jangan mempersoalkan keupayaan orang lain..dan jangan suka membuat perbandingan antara diri korang dan orang lain
nie pun cahaya kena juga..dipersoalkan kelebihan diri cahaya..jangan suka mempersoalkan kelebihan orang lain..fikir dulu perasaan orang lain sebelum korang mengeluarkan sesuatu perkataan dari mulut korang..ingat pepatah nie kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa..

tu je kot yang cahaya nak cakap hari ni..may be orang tu takkan baca apa yang tulis dalam nie tapi kepada orang lain yang membaca plis take note..amat-amat penting tingkahlaku kita kerana membabitkan perasaan orang lain..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...