Saturday, February 18, 2012

seMeSTer BaRu sEmANgaT bARu aZaM BarU...

assalamualaikum semua..erm,cepatnya dah masuk semester baru..diam tak diam cahaya dah masuk sem ke 4..maknanya dah nak masuk 2 tahun cahaya menuntut segala ilmu, pengalaman dan juga pahit manis kehidupan sebagai seorang mahasiswa UUM..

Universiti Utara Malaysia
sem nie makin berat dan makin besar dugaan sebab subjek makin mencabar dan makin susah..cahaya ambil 7 subjek kali ni..dan 5 paper daripadanya adalah paper akaun..waa~ berat tu..selain tu cahaya juga menggalas tanggungjawab sebagai rank holder dalam ROTU NAVY UUM dan sebagai ahli baru JKPS DPP BSN..dengan tanggungjawab yang sedia ada cahaya harap cahaya dapat menggalasnya dengan baik tanpa mengabaikan tanggungjawab utama cahaya sebagai seorang pelajar, anak dan hambaNya..sem nie cahaya ingat nak aktif dalam hoki, acara kegemaran iaitu larian dan usrah untuk keagamaan..waa~ banyaknya la hai..jangan abaikan yang penting sudah ye cik cahaya oii..

Insyaallah 
bermulanya hari esok maka bermulalah semester baru untuk kali ini..macam sebelum-sebelum ni (termasuklah time sekolah dulu,huhu~) masuk je sem baru maka semangat untuk belajar pun berkobar-kobar..harap sangat-sangat sem nie kobaran tu berpanjangan sampai ke akhir sem nie dan bawa ke sem akan datang,huhu..azam kali ni cahaya kalau boleh tak nak ponteng kelas langsung..dan nak cari carry mark tinggi untuk setiap subjek serta nak dapat anugerah dekan untuk sem nie..insyaallah..kalau usaha susah macam mana pun akan membuahkan hasil..walaupun tak dapat apa yang kita angankan tapi sekurang-kurangnya hasil yang kita dapat berbaloi dengan apa yang kita usahakan..cahaya suka ayat ni "kalau nak mimpi, biar mimpi sampai ke bintang..kalau tak tergapai pun dapat capai langit pun jadilah.."

biar mimpi sampai ke bintang..
siapa dapat teka tu ayat tu dari filem apa..?? betul..!! filem biar mimpi sampai ke bintang..
doakan cahaya berjaya ye kawan-kawan...ok la cahaya nak masuk tidur dulu..esok dah start kelas..

1 comment:

  1. hye gorgeous =p

    wwaaaa.. selamat mggalas tugas dgn sebaiknye as a RANK HOLDER.. Navy ye. bgus2, & gudluck 4 watever it takes in new semester kay =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...