Thursday, March 22, 2012

tHe LorAx ~~

assalamualaikum kawan-kawan..lama cahaya update blog cahaya...bak kata orang da berhabuk da,huhu~
bukan cahaya sengaja tak update tapi disebabkan kekangan masa..kali ni cahaya nak cerita dengan korang semua pasal "THE LORAX" ..semalam cahaya pergi Jitra Mall on the spot...without any planning..cahaya pergi berempat..dengan cik abang dan kawannya Yazid bersama partner,huhu~ tapi sorry ea tak de gambar...cik abang cahaya la..bawak je kamera tapi tak nak tangkap...sengal tol,huhu~ ok la tak mau melalut banyak sangat..cahaya straight to the point je..

cumell sangat-sangat..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> the lorax punya kisah <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

The Lorax mengisahkan tentang seorang budak berumur 12 tahun, Ted Wiggins dalam menunaikan impian gadis idamannya, Audrey ingin melihat pokok sebenar yang tertanam di atas tanah..nenek Ted menyuruh Ted untuk bertemu dengan Once-ler bagi mengetahui apa sebenar yang terjadi pada pokok..untuk berjumpa dengan Once-ler, Ted perlu keluar dari bandar Thneedville..tempat yang dituju merupakan satu tempat yang sangat tercemar..setelah berjumpa Once-ler beberapa kali baru Ted mengetahui pokok-pokok semua ditebang akibat ketamakan Once-ler dalam mengejar keuntungan..di akhir cerita Ted  diberi satu misi oleh Once-ler..Once-ler telah memberi benih terakhir pokok kepada Ted dan menyuruhnya menanam di tengah-tengah bandar yang dapat di lihat semua penghuni Thneedville..

Thneedville..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> pengajaran dari kisah The Lorax <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


  • Ted Wiggins
Ted dan Audrey bersama benih terakhir Truffula Tree..
merupakan watak utama dalam filem animasi The Lorax.. Dr. Seuss' bijak menggunakan watak Ted dalam memerli manusia zaman sekarang secara global..watak Ted digambarkan golongan minoriti penduduk dunia yang benar-benar mengambil berat dengan alam sekitar..adakah kita termasuk golongan yang benar-benar mengambil berat tentang alam sekitar..
  • Once-ler
untuk yang pertama kali Once-ler menebang Truffula..
merupakan watak yang menggambarkan kerakusan manusia dalam mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan terhadap alam sekitar..watak ini juga menggambarkan manusia yang lupa pada janji kerana selepas dia menebang pokok truffula dia telah berjanji dengan The Lorax penjaga hutan tersebut yang dia takkan menebang pokok truffula untuk kali yang kedua..tapi dia melupai janjinya apabila produk Thneed telah mendapat sambutan ramai..kembali sedar apabila pokok terakhir ditumbangkan dan ditinggalkan oleh keluarga dan seluruh makhluk yang tinggal di dalam hutan tersebut.
  • keluarga Once-ler
merupakan watak yang digambarkan oleh Dr. Seuss' mewakili golongan yang hanya mengambil kesempatan atas orang terdekatnya hanya untuk mendapat keuntungan dan juga kepentingan diri sendiri..

cantekk nya la hai...
kisah ni sebenarnya menempelak perilaku golongan penduduk dunia yang mengabaikan alam sekitar..jadi cahaya amat-amat menggalakkan korang semua tengok la..disamping sarat dengan nilai-nilai murni, kartunnya sangat-sangat comel buat korang rasa nak tengok lagi..thumbs up The Lorax...

cumell sangat..
lupa pulak..dalam tu cerita ni ada letakkan satu perkataan yang amat-amat bermakna "unless"..
unless..

1 comment:

  1. putry done folow putry.. folow me back kay

    www.putryain.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...