Monday, January 23, 2012

iLmu : kiTaRAn HaiD wAnITa..

Assalamualaikum kawan2...(^-^)v
kali nie cahaya nk kongsi dgn semua satu ilmu..
maybe semua pn da maklum tp dlm bnyak2 yg tau msti ad segelintir yg xtau kn3..
td sje nk bukak fb yg makin jrng2 da nur nk bukak..
tga tgok2 ap yg mnarik..maka jumpe la satu artikel tentang waktu subur wanita..


eh2,budak nie ..ang da kawen ke blum yg ckp bnde cm nie..? mesti ad suare2 yg kuarkan ayat nie kn..?
xp nur xmrah...btul la tu..nur xkwen lg,hihi...tp sjak bile pulak kate salah b'kongsi ilmu...(^-^)
da2,nur jgn nk melalut pnjg2...kwn2 da t'tggu tu...


............................................enough...........................................


KITARAN HAID


kitaran haid wanita secara puratanya berlaku dalam range 28-30..
tapi setiap wanita mempunyai kitaran haidnya yg tersendiri...ada yg 26 hari je..
ada pulak sampai lebih 30 hari...kitaran haid juga tak menentu kadang2 bulan nie kena 28 hari..
bulan depan 30 hari..ikut pada individu...


ok sekarang kita masuk bab waktu subur wanita...wanita-wanita semua wajib baca..semua ni ada kaitan dengan diri kita...bagi kaum Adam penting nie...so dua2 pun kena ambil tahu..
ada 2 sebab utama wanita kena tahu waktu subur.

  • untuk mudah mendapat zuriat.
  • untuk mengelakkan mendapat zuriat
kiranya pengetahuan waktu subur ni penting dalam perancangan keluarga..that's why nur cakap tadi lelaki pun wajib kena tahu..kat sini nur letak kalendar untuk mudahkan korang semua faham..

kalendar atas nie menunjukkan kitaran haid seorang wanita..kalendar nie menunjukkan kitaran haid 28 hari..terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid..

  • hari 1-4
fasa ini adalah fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar..hari pertama adalah penting untuk diketahui kerana hari pertama haid merupakan permulaan fasa. sebaik-baiknya ditandakan dalam kalendar hari pertama dan hari terakhir haid setiap bulan sekiranya untuk merancang kehamilan..
  • hari 5-13
fasa ini adalah fasa follicular - ketika ini hormon estrogen meningkat dan darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung...pada fasa ini juga telur yang berada dalam bekasnya telah menjadi matang..
  • hari 14
pada waktu ini proses ovulasi berlaku..telur akan keluar dari bekasnya akibat daripada peningkat Luteinizing Hormone (LH). sekiranya telur ini tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang...tetapi sekiranya telur ini disenyawakan, ia akan turun melaui saluran faollopio ke rahim..
  • hari 15-28
ketika ini fasa luteal atau secretory berlaku - sejenis hormon yang dipanggil progestron akan dirembes daripada sarangnya selepas telur dikeluarkan...akibatnya dinding rahim semakin menebal..setelah progestron semakin berkurangan kerana tida persenyawaan berlaku maka dinding ini akan runtuh...

WAKTU TERBAIK
sekarang korang dah faham kan kitaran haid..jom kita lihat bila masa sesuai ok? (^_~)
waktu terbaik untuk bersama suami-isteri (hanya untuk yg sudah berkawin,yg belum ambik tau je..jgn lebih2,huhu..) ialah pada hari ovulasi kerana ketika itu telur baru je keluar dari bekasnya... 
bilakah secar tepatnya..? sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid yang akan datang atau ketika luteal bermula..

fasa luteal mengikut kiraan biasanya berlaku tepat 14 hari selepas berlaku ovulasi...selepas itu fasa pengeluaran akan berlaku kembali..erti kata lain waktu subur secara tepatnya adalah 14 hari sebelum haid berikutnya..untuk tentukan waktu subur tidak menjadi masalah sekiranya kitaran haid tetap 28 hari, yang menjadi masalah sekiranya kitaran haid berubah-ubah..

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
ketika waktu subur wanita, suhu badan akan meningkat dalam satu darkjah celcius dan terdapat lendiran cecair jernih daripada kemaluan... ini terjadi akibat peningkatan hormon ketika itu..
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT
untuk pengetahuan sekalian, ovum mempunyai jangka hayat yang pendek dalam 1-2 hari sahaja, jadi jangka masa untuk mendapatkan zuriat adlah singkat..oleh itu sperma diciptakan dengan kelebihan yang lain..selain boleh daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga memiliki jangka hayat lebih lama iaitu 3-5 hari...jadi sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur atau 2 hari selepas waktu subur, maka peluang telur untuk berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama...
oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang secara konsisten selama 28 hari... Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14...
anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur wanita adalah sesuai dengan waktu bersama anda...
MENGELAK MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar...
untuk pengetahuan anda, cara mengira kitaran haid melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat...ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan...
oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari!), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain...
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang dinyatakan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.


sumber : http://melayukini.net/2012/01/waktu-subur-wanita-wanita-mesti-baca/

3 comments:

  1. hehehe...nice cahaya =) saya share ye.. ~.~

    ReplyDelete
    Replies
    1. almost welcome..orite..no hal..ilmu kena share baru bertambah..

      Delete
  2. sangat menarik.. sharing is caring sis..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...