Tuesday, November 6, 2012

foR sPM cAnDiDateS 2012

assalamualaikum semua...pejam celik..pejam celik kita dah masuk bulan November..rasa macam baru je masuk tahun 2012 kan, tetiba dah nak habis dah pun tahun 2012..apa ye yang menarik untuk bulan November..? yup pastinya sesuatu yang bakal menempa sejarah bagi adik-adik kita yang sedang menghadapi peperiksaan SPM..amacam adik-adik kita dah sedia ke untuk paper-paper berikutnya..? yang lepas tu usah dikenang..
straight A's
hope korang semua dah ready la mental fizikal korang..dulu time sekolah selalu dengar cikgu cakap mak ayah cakap "hangpa da sedia ka nak masuk medan perang...?" macam gerun je dengar kan..tapi semua pun gerun kan bila time spm ni..betul-betul rasa macam nak masuk medan perang betul..cumanya peralatan perang kita adalah pensil, pemadam, calculator dan semua yang penting untuk dibawa masuk ke dalam dewan..dan yang paling penting adalah ilmu kita..tu yang bantu korang dalam dewan..ilmu ibarat peluru..agak-agak cukup tak peluru yang korang bawa untuk berperang..? tak kisah la senjata korang canggih mana pun kalau peluru takde tak guna kan..? macam tu la jugak dengan spm nie..tak guna la korang kalau guna pensil mahal-mahal, pen berkilo-kilometrico boleh tulis tapi kalau korang tak tau nak tulis apa tak guna jugak..
ma'a taufiq wannajah fil imtihan..
jom cahaya nak kongsi tips-tips simple yang selalu korang dengar tapi tak kira cahaya nak jugak share..


  1. tidur awal - dari zaman tok kaduk sampai sekarang tu la yang selalu kita dengar tapi ada jugak yang stayed up sampai awal pagi kan..tidur yang cukup perlu sebab time ni la korang nak recharge energy supaya esok pagi badan cergas otas cerdas nak jawab pantas..
  2. bangun awal - ni pun tips klasik zaman P. Ramlee sampai la sekarang zaman Najwa Latif still releven..ni penting..kalau korang bangun lambat bayangkan mesti haru biru punya la...mana nak mandi, nak gosok gigi..mana nak pakai baju..semua jadi kacau...silap-silap apa yang korang baca pun jadi tunggang-langgang...that's why penting sangat bangun awal nie..sekurang-kurangnya korang boleh lagi nak ingat apa yang baca malam tadi sambil makan, berjalan nak ke sekolah..

  3. telefon mak ayah - nie sangat penting untuk calon yang sekolah asmara asrama..kalau yang sekolah harian boleh minta mak ayah doakan face-to-face..sebelum nak ke sekolah tu siap cium tangan lagi..yang duk jauh-jauh tu telefon mak ayah..minta diorang doakan korang...
  4. datang awal - kalau korang berada di kawasan sekolah awal pagi bermakna minda dan mood korang pun dah ready..lagi satu mana la nak tau kalau kad pengenalan tertinggal ke, calculator habis bateri ke sekurang-kurangnya korang sempat la nak ikhtiar apa nak buat..
  5. senyum dan sapa - tegur kawan-kawan yang lain..ala senang je..korang salam kawan-kawan korang, senyum dan cakap good luck..dengan cara ni korang boleh kurangkan gemuruh dan tambah sedikit keyakinan sebab korang tak rasa keseorangan..
  6. selawat dan doa..masuk je dalam dewan, sebelum buka kertas soalan korang baca doa-doa amalan korang..tak lupa selawat dan salam kepada nabi junjungan kita Muhammad s.a.w..
ada yang demam ke..?
akhir kata jangan nervous, relaks sudahhh..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...