Tuesday, June 12, 2012

sEgMen TamBaH FoLLoweR daN raKaN BLogGer ~

assalamualaikum..lama cahaya tak join segmen..kali ni cahaya nak join sEgMen TamBaH FoLLoweR daN raKaN BLogGer ~ kalau korang nak join klik kat sini..


syarat-syarat:
  • tempek batch ni kat entri korang..
  • buat tajuk entri korang macam cahaya letak tu..
  • letak nama blog korang, link blog, bila korang mula berblogging, kenapa berblogging dan siapa ikutan korang dalam dunia blogging ni..
  • kalau sudi follow la blog nie..
  • kalau nak join korang kena submit korang punya entry sebelum jam 5 petang pada 13 jun 2012 yakni esok..
untuk abang hasruLHassan ni cahaya punya detail..
  • nama blog - ....::suke suki blueberry::....
  • link blog cahaya - http://nurcahaya0812.blogspot.com/
  • start berblogging - dalam tahun 2011
  • sebab berblogging - nak tambah knowledge..bila blogwalking mesti akan baca sesuatu yang tak pernah cahaya tau..
  • idola - nak cakap idola tak la sangat sebab jauh panggang dari api..tapi suka la tengok dia.. zackzukhairi..

Monday, June 11, 2012

sTreSS ~

assalamualaikum semua..hari nie tanggal 12 jun 2012..esok ada paper company law lusa 14 jun paper FAR II..parah cahaya kalau macam ni..hari ni makin teruk demamnya..mata makin merah dan sakit..badan makin tak larat sebab demam..tekak sakit, hidung tersumbat dan batuk..macam mana nak baca buku nie...
lawlawlawlawlawlawlawlawlawlawlawlawlawlawlawlawlawlaw ~
tak nak repeat paper lagi sem ni..xlarat la kalau kena extend sem..dah la dua paper berderet nie paper yang tak kurang hebatnya...tak baca alamat repeat la..hopefully nothing happen tomorrow..chaiyokk cahaya..da la jum solat zuhur yuk...xsolat lagi..nanti sambung study law lak..
jangan mengeluh cahaya..moga-moga ada ganjarannya..

arrghh stress...banyak lagi nak baca ni...tak tau mana satu nak start,huhu~
buat kawan-kawan yang sedang berperang untuk menentang minggu exam ni cahaya doakan selamat berjaya...doakan cahaya sekali ea...
selamat berjuang saudaraku...moga kamu semua berada di dalam rahmat Allah..
Allah never leave us.. In sya Allah ~
cukup untuk entri kali..entri paling pendek..moga kejayaan di pihak kalian semua..gudluck kawan-kawan...

Sunday, June 3, 2012

kAhWin MuDa ~

assalamualaikum semua..walla ~ walla ~ entri kali nie pun dalam mood menggatal, huhu..entri sebelum ni tajuk saYa NaK JaDi IsteRi SoLeHah.. entri kali ni kahwin muda..memang sah cahaya dah gatal nak kawen, huhu ~
entri kali ni sebenarnya cahaya nak ucap tahniah buat classmate cahaya dari darjah 5 sampailah tingkatan 3 yang baru je diijabkabulkan semalam..nama dia Elifa bt Ismail..cahaya betul-betul terkejut dengar..sebelum-sebelum nie terkejut dengan collagemate kat matrik melaka syaqilla..pastu kawan sekolah pulak khuzaiedah..tak lama kemudian kakak beliau kak tini..(jangan kena saman lak dah sebab me'mention'kan nama-nama orang besar nie, huhu~ jangan marah ye kawan-kawan..cahaya tumpang gembira ni..) memang dah ramai la kawan-kawan cahaya yang dah menikah..bila la turn cahaya pulak ye, huhu ~ mood menggatal..dapat tau ibu mau kena ketuk dengan senduk sebab dah gatal nak nikah..apa-apa cahaya nak ucapkan selamat pengantin baru..moga bahgia hingga ke anak cucu..

jeles laa~ ramai gak yang dah kawen..
tapi ramai lagi yang belum kawen, hihi ~

.........................................................................................................

cahaya nak tanya korang semua korang tau tak nikah awal tu dalam range umur berapa..? ikut pembacaan cahaya la kan..kahwin muda ni bagi pasangan yang dalam usia 20 hingga 24 tahun..dalam usia ni ramai yang berpendapat masih belum cukup dewasa dan matang untuk membina mahligai perkahwinan termasuklah parents cahaya, hehe ~ bagi sesiapa yang nak bakal atau punya keinginan untuk melayari bahtera perkahwinan di usia muda di sini cahaya nak kongsi beberapa tips mengikut pembacaan cahaya la..kalau ikut pengalaman kena tanya yang dah berpengalaman..


hingga ke syurga ~
  1. korang kena tunjuk yang korang nie dah matang dalam semua aspek..matang bukan sahaja dari segi tindakan malah pemikiran korang..ada orang kadang-kala banyak "main" dalam pergaulan tapi dialah yang paling matang dalam membuat keputusan..kematangan korang sangat penting untuk meyakinkan parents korang melepaskan korang ke alam yang lebih mencabar..bagi kaum Adam kematangan korang dalam kepimpinan sangat penting..
  2. tunjukkan akhlak dan sahsiah korang kepada orang keliling kornag baik famili, adik beradik, sahabat handal, jiran tetangga dan yang lebih penting keluarga bakal pasangan korang..
  3. jaga ibadah..laksanakan yang wajib dan tingkatkan yang sunat..buat persediaan rohani supaya korang lebih sedia menghadapi alam perkahwinan..
  4. beritahu famili korang yang korang nak kahwin bukan berlandaskan nafsu tapi ingin memenuhi tuntutan ibadah dan tanggungjawab sebagai muslim..
  5. jalankan tanggungjawab dengan lebih baik untuk pancing kepercayaan famili kedua-dua belah pihak..tapi bukan sekadar pancing je hendaklah berterusan dan istiqamah..
  6. untuk korang yang masih studi, cari mood yang menggembirakan bagi menyampaikan korang punya hasrat..fahamkan famili korang yang korang mampu menjalankan tanggungjawab selepas berkahwin kelak..
  7. korang kena bijak dalam melakukan perbincangan dengan keluarga agar mereka lebih memahami..cuba bawa mereka menyelami perasaan korang supaya mereka lebih kepada mendengar dengan baik bukannya membantah..minta nasihat dan pendapat mereka..
  8. sekiranya cadangan korang ditolak, jangan berputus asa...tunjukkan komitmen korang yang mendalam terhadap perkara ini..InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan diorang akan datang dan diorang akan bertanyakan semula tentang keinginan korang..
impian cahaya (*__*)
hope dapat la bantu memecahkan kebuntuan korang..cahaya doakan yang terbaik untuk sesiapa yang ingin berkahwin awal..benda yang baik jangan lengahkan..doakan cahaya juga ye.. (^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...