assalamualaikum semua..entry kali ni cahaya nak share pasal emas..sejak semester lepas lagi cahaya ada
usha-usha maklumat pasal emas..bermula dengan cik abg syg cahaya pergi seminar perlaburan emas yang dipaksa oleh lecturer dia...balik pada seminar dia ceritakan kat cahaya tentang perlaburan tu...
starting dari situ cahaya selalu cari maklumat tentang emas nie..makin baca makin menarik, makin baca makin tertarik..jom cahaya kongsikan dengan korang semua...fakta ni setakat yang cahaya faham la...kalau nak lebih lanjut korang tanya la pakcik google...
|
teringat lecturer kat matrik dulu cakap semua benda naik apa yang turun..? jawapannya hujan, ngee ~ |
- diramalkan bahawa masa depan akan berlaku krisis wang yang sangat teruk sehingga boleh menghancurkan ekonomi kapitalis ( time tu kita tak boleh nak keluarkan duit di bank.. )
- duit kertas yang kita simpan setiap hari tu sebenarnya mengalami susut nilai...cahaya ingat lagi ayah cahaya selalu cakap dulu time sekolah bawa duit 10sen je..boleh beli sepinggan nasi lemak dan air segelas..zaman sekarang 10sen belum tentu dapat gula-gula hacks 2 biji sebab sekarang cahaya beli gula-gula 3 biji harga 20 sen..
- emas adalah satu-satunya aset yang tidak dikenakan cukai dan tidak disita sekiranya seseorang itu jatuh bankrap..
- yang ni info cahaya baca dalam facebook..pada 1 Mei 2012 pelancaran 1g 999 gold bar GSR dengan harga RM198, pada 2 Oktober baru-baru ni harga emas telah meningkat jadi RM214..cepat kan kenaikan harga emas..kenaikan sebanyak 8% dalam tempoh tak sampai setahun..kalah ASB kan..? dalam cahaya tengah menaip ni..sekarang 4 Oktober 2012 jam 12.13pm harga Public Gold 10g bernilai RM1,900 walhal pagi tadi cahaya tengok baru RM1898..amacam..??
- kalau berlaku apa-apa dalam Malaysia, bukan nak doa tapi tak mustahil ye kita diserang automatically matawang Ringgit Malaysia tidak laku..contohnya matawang Palestin adakah laku..? kalau berlaku kejadian seumpama itu Ringgit Malaysia takkan laku jadi macam mana nak survive..? kita lari ke luar negara dengan bekalan emas..
- kalau korang nak tau la kan mantan perdana menteri kita Tun Mahadhir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi antara yang terbanyak simpan emas..kita still lagi simpan duit dalam bank...beratur punya panjang..
|
nak bawak parents pergi sana... |
antara yang cahaya boleh kongsi la..yang cahaya ingat..jom kita tengok pengiraan kos untuk tunaikan Haji..
kos untuk menunaikan haji pada tahun 2006 adalah sekitar RM10,000..dan untuk tahun 2012 pun tak banyak berubah..
tahun 2002 - 1 dinar = RM 140.00 perlukan 72 keping dinar
tahun 2003 - 1 dinar = RM 168.00 perlukan 60 keping dinar
tahun 2004 - 1 dinar = RM 202.00 perlukan 50 keping dinar
tahun 2005 - 1 dinar = RM 242.00 perlukan 42 keping dinar
tahun 2006 - 1 dinar = RM 290.00 perlukan 34 keping dinar
tahun 2007 - 1 dinar = RM 348.00 perlukan 29 keping dinar
tahun 2008 - 1 dinar = RM 418.00 perlukan 23 keping dinar
tahun 2009 - 1 dinar = RM 502.00 perlukan 20 keping dinar
|
dinar mekah...pergi tanya kat pak cik google tadi.. |
setakat tahun tersebut yang ditunjukkan...pada 4 Oktober 2012 jam 1.02pm harga 1 dinar 916 Amsyiq Gold bersamaan RM 811.15..so berapa keping dinar emas yang diperlukan untuk menunaikan haji..?
RM 10,000 / RM 811.15 = ~12 ke 13 keping...
dah macam soalan matematik tahun 2 la pulak..jadi kesimpulannya, simpanlah emas..